Pelaburan Terbaik

Pelaburan Bijak

 

Dalam mendekorasi kediaman, bajet merupakan perkara yang menjadi keutamaan saat anda mempertimbangkan suatu pembelian. Pada peringkat awal projek anda, tumpuan haruslah diberikan kepada perkara utama dan berskala besar kerana ia memberikan impak yang segera pada ruang kediaman. Untuk perkara utama dalam kediaman ada kalanya lebih baik anda melabur dengan tanda harga yang sedikit tinggi kerana ia mampu memberikan jangka hayat yang lebih lama. Kami bariskan lima perabot dan kelengkapan utama yang merupakan pelaburan yang bijak boleh anda pertimbangkan khususnya untuk mereka yang merancang melengkapi kediaman pertamanya.

 

2 of 6

 CHEST OF DRAWER 

 

[/tps_header]

 

namu chest

Chest of Drawer daripada Namu Haus

 

  1. Chest of drawer

Hakikatnya pemilihan chest of drawer bukanlah sesuatu yang popular dalam budaya masyarakat kita. Biarpun kita sememangnya akan menggunakan rak simpanan untuk mengemas kini ruang, chest of drawer merupakan pilihan yang lebih baik. Jika anda mendapatkan sesuatu yang bergaya, ia tidak hanya terhad penggunaanya pada ruang kamar beradu sahaja, bahkan ia boleh berubah fungsi sebagai kabinet konsol di ruang foyer mahupun menjadi ruang simpanan di ruang makan. Tiada undang-undang mengatakan chest of drawer hanya perlu berada di kamar beradu anda.