Resipi Panna Cotta Yogurt Greek Bersama Feuillet Beri dari Firdaus Hanan

Resipi Panna Cotta Yogurt Greek Bersama Feuillet Beri

Teks: Nadia Zolkifli
Penyelaras, Konsep, Arahan Seni & Penata Gaya: Afiq Khairudin
Gambar: Wan Izhar (One Digital Solution)
 
Panna Cotta Yogurt Greek Bersama Feuillet Beri1
 
Panna Cotta Yogurt Greek Bersama Feuillet Beri oleh Firdaus Hanan
 
Bahan-bahan
2 ΒΌ sudu gelatin tidak berperisa
2 sudu besar air sejuk
1 cawan krim padu (heavy cream)
1/3 cawan gula
1 batang vanilla diambil biji
2 cawan yogurt Greek (boleh gunakan jenama Fage Total)
Strawberi dan beri
 
Cara menyediakan

  1. Taburkan gelatin ke dalam periuk berisi air sejuk. Biarkan sehingga gelatin lembut selama lima minit.
  2. Masak krim, gula bersama biji vanilla di dalam periuk sehingga mendidih. Alih periuk dari api, kemudian, masukkan gelatin. Kacau sehingga gelatin cair.
  3. Di dalam mangkuk lain, pukul yogurt sehingga gebu. Perlahan-lahan masukkan krim vanilla tadi.
  4. Tuang adunan ke dalam enam cawan ramekins (memenuhi setengah acuan) dan biarkan di dalam peti sejuk selama tiga jam atau sehingga adunan mengeras.
  5. Keluarkan panna cotta dari ramekin menggunakan pisau. Goyangkan ramekin untuk melonggarkan panna cotta.
  6. Hidangkan bersama buah strawberi dan beri.
See also
Fokus - Kenali Aisha, Pengasas Recro Furniture