5 Pencakar Langit Masa Hadapan - Page 4 of 5 - Glam Malaysia

5 Pencakar Langit Masa Hadapan

Struktur seni bina mencecah 200 meter dan megatall sekurang-kurangnya 600 meter diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia. GLAM Deko membariskan lima bangunan pencakar langit masa hadapan yang bakal mencipta sejarah dengan ketinggian melebihi 1,000 kaki hasil kepakaran, ideologi dan inovasi pereka hebat dunia.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

MENARA KL118 (MERDEKA PNB118), KUALA LUMPUR

KETINGGIAN                      : 2, 238 KAKI / 682 METER

KEDUDUKAN GLOBAL   : 10

ARKITEK                               : FENDER KATSALIDIS

DIJANGKA SIAP                 : 2021

Merdeka PNB 118, sebelum ini dikenali sebagai KL118 atau Menara Warisan Merdeka. Pembangunan Warisan Merdeka dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan anggaran sebanyak RM5 bilion. Apabila siap sepenuhnya menjelang 2021, menara ini akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan yang ketiga tertinggi di dunia. Reka bentuk menara KL118 menyaksikan keluasan mencecah 400,000 meter persegi yang merangkumi (4,300,000 kaki persegi) ruang kediaman, hotel dan ruang komersial. Malahan ia akan melebihi ketinggian Menara Berkembar Petronas dengan perbezaan 88 tingkat. Menara ini akan terdiri daripada 100 tingkat ruang boleh sewa, termasuk 80 tingkat ruang pejabat, 12 tingkat bilik hotel, 5 tingkat unit kediaman dan pusat perniagaan runcit. Sejumlah 60 tingkat daripada 80 tingkat ruang pejabat dikhususkan untuk operasi Permodalan Nasional Berhad (PNB), yakni pemaju projek dan anak-anak syarikat.

See also
Datin Raha Dato' Abu: "Saya adalah peminat besar aksesori wanita."