5 Pencakar Langit Masa Hadapan - Page 2 of 5 - Glam Malaysia

5 Pencakar Langit Masa Hadapan

Struktur seni bina mencecah 200 meter dan megatall sekurang-kurangnya 600 meter diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia. GLAM Deko membariskan lima bangunan pencakar langit masa hadapan yang bakal mencipta sejarah dengan ketinggian melebihi 1,000 kaki hasil kepakaran, ideologi dan inovasi pereka hebat dunia.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

MENARA SIGNATUR JAKARTA, JAKARTA, INDONESIA

KETINGGIAN                      : 2, 093 KAKI / 638 METER

KEDUDUKAN GLOBAL   : 11

ARKITEK                               : SMALLWOOD, REYNOLDS, STEWART

DIJANGKA SIAP                 : 2025

Sentuhan magis kumpulan arkitek, Smallwood, Reynolds dan Stewart Jakarta Signature Tower adalah pencakar langit unjuran di Jakarta, Indonesia. Dengan ketinggian 638 meter (2,093 kaki) Jakarta Signature Tower akan berada pada kedudukan keenam tertinggi di dunia. Proses pembinaan yang dirancangkan pada tahun 2010 ditunda ke penghujung 2015, dan mula dijalankan pada suku ketiga 2016 oleh pemaju PT Grahamas Adisentosa. Namun sehingga kini proses pembinaan masih ditunda kerana mempunyai masalah yang tidak dinyatakan.