5 Pencakar Langit Masa Hadapan - Glam Malaysia

5 Pencakar Langit Masa Hadapan

Struktur seni bina mencecah 200 meter dan megatall sekurang-kurangnya 600 meter diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia. GLAM Deko membariskan lima bangunan pencakar langit masa hadapan yang bakal mencipta sejarah dengan ketinggian melebihi 1,000 kaki hasil kepakaran, ideologi dan inovasi pereka hebat dunia.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

MENARA DUBAI ONE, EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE)

KETINGGIAN                      : 2, 333 KAKI / 711 METER

KEDUDUKAN GLOBAL   : 8

ARKITEK                               : ADRIAN SMITH + GORDON GILL ARCHITECTURE

DIJANGKA BUKA              : 2021

Berketinggian 161 tingkat pada aras 711 meter (2,333 kaki), Menara Dubai One juga dikenali dengan nama Meydan Tower oleh pemaju Meydan Group dijangka mencecah kos SR25 bilion bakal mencipta sejarah sebagai bangunan kediaman tertinggi di dunia dan keempat untuk bangunan tertinggi di dunia. Menara ini mampu menempatkan sehingga 78,000 jumlah penduduk. Reka bentuk seni bina keseluruhan  termasuk binaan dancing fountain  yang mencecah 420 meter (1,378 kaki), pusat membeli-belah mega, 25,000 meter pusat sukan dalaman, 300 meter pantai buatan, 350 bilik hotel dan marina. Ia juga turut dilengkapi dengan indoor ski resort terbesar di dunia, selain 885 buah apartmen dengan akses ke dek terbuka  di aras tertinggi di dunia, pada ketinggian 665 meter.

See also
Pameran The Persistence of Memory