Libur - Kembara Eksotika ke Sri Lanka - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

Libur – Kembara Eksotika ke Sri Lanka

Teks : Afiq Khairudin
Gambar : Shutterstock, Anantara Kalutara Resort, Afzan8086

 

Sri Lanka adalah sebuah negara kepulauan di Asia yang dahulunya dikenali sebagai Ceylon, negara yang beragam dan multikultural, selain ‘rumah’ bagi banyak agama, kelompok etnik, dan bahasa. Nama Sri Lanka itu sendiri berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa erti “Daratan yang Bergemerlapan”.

 

Pengarah Kreatif GLAM Deko, Afiq Khairudin berkelana selama empat hari ke bumi yang terkenal dengan sebagai pengeksport terbesar teh dan kayu manis di dunia.

 

 

Slide untuk lihat gambar. 

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

14 April 2018

 

Keesokkan harinya, seawal pagi saya siap untuk bersiar-siar di kawasan resort untuk memotretkan memori di sini sebelum menjamah sarapan pagi di Restaurant Olu berkonsepkan buffet masakan antarabangsa, sajian tradisional Sri Lanka, dan makanan laut tempatan yang segar. Bagi mengisi masa di resort ini, saya turut mengikuti kelas masakan untuk mempelajari sajian tempatan yang bakal menjadi hidangan tengahari. Seleksi menu berkisar pada masakan signatur India, yakni kari, seperti kari udang, kari ayam dan kari terung yang dikelola oleh chef berpengalaman. Siap menikmati makan tengahari, saya bersantai seketika sebelum dibawa memanjakan diri di ruang spa.

 

Apam antara makanan tradisi orang Sri Lanka.

 

Menu masakan Sri Lanka tidak begitu pedas namun banyak berasaskan rempah ratus dan kari.

 

Percutian di Anantara Kalutara Resort memahat memori indah untuk dibawa pulang. Sri Lanka adalah pilihan ideal buat yang menginginkan eksplorasi percutian unik, sarat nilai eksotika.

See also
Transisi Caitlyn Jenner Tamat Dengan 'Sex Reassignment Surgery'