Libur - Kembara Eksotika ke Sri Lanka - Page 3 of 4 - Glam Malaysia

Libur – Kembara Eksotika ke Sri Lanka

Teks : Afiq Khairudin
Gambar : Shutterstock, Anantara Kalutara Resort, Afzan8086

 

Sri Lanka adalah sebuah negara kepulauan di Asia yang dahulunya dikenali sebagai Ceylon, negara yang beragam dan multikultural, selain ‘rumah’ bagi banyak agama, kelompok etnik, dan bahasa. Nama Sri Lanka itu sendiri berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa erti “Daratan yang Bergemerlapan”.

 

Pengarah Kreatif GLAM Deko, Afiq Khairudin berkelana selama empat hari ke bumi yang terkenal dengan sebagai pengeksport terbesar teh dan kayu manis di dunia.

 

 

Slide untuk lihat gambar. 

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

13 April 2018

 

Destinasi sebenar untuk eksplorasi ke bumi Sri Lanka bakal bermula dengan menaiki keretapi dari Galle Fort Station menuju ke Kalutara. Saya menaiki express train yang mengambil masa selama 2 jam dengan hanya perlu membayar RM6!

 

Setibanya di stesyen keretapi Kalutara South kami menaiki kenderaan yang popular di sini, dikenali dengan nama ‘tuk tuk’ untuk ke Anantara Kalutara Resort. Setiba di kawasan masuk resort, mata terpaku dengan rekaan pintu masuk yang sangat gah dan menarik. Seni bina resort juga mempesonakan dengan ilham berkonsepkan tropika moden hasil sentuhan Arkitek terkenal, Geoffrey Bawa. Kehadiran saya disambut mesra oleh Pengurus Resort; Norman Zweyer sambil diiringi dengan tarian tradisi semasa menuju ke ruang lobi.

 

 

Anantara Kalutara Resort ini berada di antara sungai Kalu Ganga dan Lautan Hindi. Resort mewah dan elegan diperhebatkan lagi dengan seni bina oleh Geoffrey Bawa dan panorama lautan Hindi yang terbentang luas di depan mata. Uniknya resort ini ruang lobi direka berkonsep terbuka yang mewujudkan pertalian erat dengan alam semulajadi.

See also
Dinasti Turun-Temurun Keluarga Fesyen

 

Menginap di sini ibarat percutian impian kerana disediakan kamar yang indah dan selesa, selain berlatar belakangkan pantai dan pemandangan lautan yang terbentang luas. Keindahan  suasana malam di Kalutara menyuntik memori, tambahan pula menikmati makan malam di Spice Traders yang menawarkan seleksi hidangan Thai, Cina dan India yang enak dan membuka selera.

 

Ruang legar di bahagian atas lobi Anantara Kalutara Resort.