Libur - Kembara Eksotika ke Sri Lanka - Page 2 of 4 - Glam Malaysia

Libur – Kembara Eksotika ke Sri Lanka

Teks : Afiq Khairudin
Gambar : Shutterstock, Anantara Kalutara Resort, Afzan8086

 

Sri Lanka adalah sebuah negara kepulauan di Asia yang dahulunya dikenali sebagai Ceylon, negara yang beragam dan multikultural, selain ‘rumah’ bagi banyak agama, kelompok etnik, dan bahasa. Nama Sri Lanka itu sendiri berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa erti “Daratan yang Bergemerlapan”.

 

Pengarah Kreatif GLAM Deko, Afiq Khairudin berkelana selama empat hari ke bumi yang terkenal dengan sebagai pengeksport terbesar teh dan kayu manis di dunia.

 

 

Slide untuk lihat gambar. 

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

12 April 2018

 

Hari kedua pengembaraan bermula seawal jam 5.30 pagi. Kami menaiki pacuan empat roda untuk meneroka keindahan dan keunikan Safari di Yala International Park. Biarpun terdetik rasa gundah dengan ancaman binatang liar, namun rasa teruja melebihi segalanya ketika menyaksikan binatang liar yang bebas berkeliaran di depan mata. Lawatan Safari ini mengambil masa selama 4 jam sebelum berangkat balik ke khemah untuk sarapan pagi dan bersiap untuk check out  ke lokasi seterusnya.

 

Rusa bebas berkeliaran di perkarangan kawasan lapang safari.

 

 

 

Pemandu pelancong, Mr Rana siap menanti untuk membawa saya ke Galle Fort yang terletak di bahagian Barat Selatan Sri Lanka yang mengambil masa selama 4 jam. Perjalanan ini turut memasuki ke kawasan Galle Fort, iaitu kota lama yang dijajah oleh kerajaan Dutch dan dibaikpulih seni bina lama. Di Galle, saya bermalam di The Bungalow yang baru beroperasi selama setahun. Terbina dari struktur bangunan lama, The Bungalow diubahsuai membentuk ruang penginapan yang sangat cosy dan chic. Suasana malam di Galle Fort sangat dingin disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran kawasan pantai.

See also
The Gray Man : Lasak, Mantap Lagi Mendebarkan

 

Ruang lobi hotel The Banglow, Galle Fort mengangkat seni dekorasi shabby chic.