Use your ← → (arrow) keys to browse
Saat mendapatkan kediaman ini mereka telah membayangkan gaya yang ingin diterapkan untuk hiasan dalaman. Inspirasi dari resort ternama dunia seperti St Regis juga Four Seasons sentiasa bermain di minda untuk diterjemahkan di ruang kediaman. Namun mereka tidak mahu menerapkan gaya yang yang terlihat terlalu tipikal seperti suntikan tropika ala Bali yang terlalu mendominasi ruang. Untuk itu, adalah lebih penting gaya hiasan masih memberi aura moden agar ruang terasa segar dan kekal mendamaikan. Untuk itu, sepanjang setahun pertama pemilik mula bermain-main dengan penataan ruang. Mereka turut menambahkan beberapa aspek kosmetik seperti panel bercermin di ruang tamu juga rak hiasan kaca juga di ruang yang sama.