Pameran Art Basel Hong Kong Dibatalkan - Glam Malaysia

Pameran Art Basel Hong Kong Dibatalkan

Akibat penularan coronavirus, pameran seni terbesar Art Basel edisi Asia yang bakal berlangsung di Hong Kong pada Mac 2020 terpaksa dibatalkan. Art Basel yang juga antara destinasi terpenting dalam kalendar pasaran seni antarabangsa memutuskan bahawa ia perlu dibatalkan kerana penularan penyakit yang telah meragut nyawa hampir 800 orang di seluruh dunia.

Pameran itu, yang diadakan di Pusat Konvensyen Hong Kong turut memaparkan galeri utama dari Asia dan pelbagai lagi, dijadualkan berlangsung pada 17 Mac hingga 21 Mac 2020.

Bernd Stadlwieser, Ketua Eksekutif MCH Group, syarikat yang berpangkalan di Switzerland yang juga penganjur kepada pameran itu memberitahu keputusan untuk membatalkan pameran berkenaan amat sukar bagi mereka.

Penganjur telah berbincang dengan ahli galeri dan rakan kongsi mengenai beberapa pilihan termasuk menangguhkan pameran berkenaan namun mereka tiada pilihan lain selain terpaksa membatalkan pameran seni antarabangsa berkenaan.

MCH menyebut pelbagai faktor perlu diambil kira termasuk kesihatan dan keselamatan pekerja dan pengunjung, cabaran logistik untuk acara itu dan juga kesukaran perjalanan ke Hong Kong, yang melaporkan kematian pertama dari virus itu pada 3 Feb.

See also
Destinasi - Ruang Lokal The LINC KL

Minggu lalu, ketika Hong Kong telah menutup muzium dan sekolah dan menghadkan penerbangan dari tanah besar China, dan mereka yang mengambil bahagian dalam pameran seni turut menyeru penutupan pameran itu.