Use your ← → (arrow) keys to browse
Apabila berpindah, dia tidak banyak membeli perabot baru dan mengguna pakai semula perabot sedia ada. “Saya betul-betul mengambil masa dalam menghias, tidak terkejar-kejar. Menceduk inspirasi dari majalah dekorasi dan gambar-gambar di instagram dan pinterest banyak membantu saya membuat pilihan.
Lawatan kerja ke Guang Zhou, pengeluar perabot terbesar dunia dan melihat sendiri festival reka bentuk tersohor, Maison & Object di Paris membuka mata dan memberi inspirasi buat saya; begitu banyak untuk dilihat, belajar dan absorb; yang membuatkan mereka jauh lebih mahu ke depan dalam bidang reka bentuk dan interior,” kata Suraya yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang reka bentuk.