Kediaman - Idealisme Tropika Nusa Indah Bina - Glam Malaysia

Kediaman – Idealisme Tropika Nusa Indah Bina

Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Gambar : Mazlan Yunos (Mazlan Yunos Photography)

 

 

Terbina  di pinggir bukit hutan, banglo tiga tingkat ini mengambil masa satu setengah tahun untuk disudahkan. Megah tersergam di lapangan tanah seluas dua ekar, banglo penaung syarikat seni bina, Nusa Indah Bina, Zainuddin Abdul Jalil bersama anak kembar; Mohd Ikmal Zainuddin dan Mohd Ikbal Zainuddin mengadaptasi konsep hijau.

 

“Enam bulan diperuntukkan untuk membina tembok batu; penahan tanah bukit setinggi dua tingkat bangunan di belakang banglo setelah kami menjumpai batu besar (boulders) bawah tanah yang mana struktur paling sukar bagi keseluruhan projek,” cerita Ikmal yang berganding bahu bersama Ikbal, dan isteri tercinta, Darlina Roslan dengan bimbingan ayahanda, Zainuddin bagi menyiapkan projek ini.

 

Mencedok konteks persekitaran semulajadi dan eksperimentasi penggunaan sumber alam, pemilik menerapkan aliran seni bina Melayu, Bali, Inggeris dan Itali di bawah satu bumbung.

 

Mencecah keluasan 4, 800 kaki persegi, struktur banglo dibina menggunakan bahan kayu mampan kitar semula. Menginginkan perasaan lebih akrab dengan alam, pemilik mengangkat konsep keterbukaan di ruang aktiviti yakni foyer, kolam renang, ruang makan, dapur  dan laluan ke kamar beradu sekaligus mengurangkan penggunaan kipas.

See also
#StayHomeWithGD - 101 Tip & Trik Dekorasi

 

Sumber alam; aliran air sungai dan air mata air dimanfaatkan sepenuhnya untuk membersihkan diri dan air minuman. Malah, aliran air sungai yang merentasi struktur bawah tanah banglo menjadikan permukaan lantai rasa nyaman menemani setiap langkah penghuni.

 

“Asalnya, tanah ini untuk rumah penginapan pekerja namun saudara terdekat memberi idea, wajar bagi kami membina rumah persinggahan keluarga. Bermula secara sederhana namun rumah ini membesar secara organik sehingga mampu menampung enam kamar beradu, surau, pejabat pavilion luar, gimnasium, sauna, kolam renang, dan dua kolam air mata air.” kata Ikmal lagi.

 

 

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Elemen semulajadi diterapkan menerusi pemilihan bahan-bahan alam yakni batu bata dan simen tanpa kemasan di ruang foyer.