Kediaman - Eksperimen Gaya - Glam Malaysia

Kediaman – Eksperimen Gaya

Teks & Penyelaras : Shahril Hadi Halim
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Patrick Chan

 

Industri rekaan dalaman di Malaysia penuh dengan warna warni pelbagai idea dari latar belakang yang berbeza namun berkongsi idea dan platform mencernakan kreativiti untuk memperindah lagi kediaman dan seni bina di Malaysia. Portfolio projek berbeza menjadikan setiap hasilnya berbeza antara seorang pereka dengan pereka lain. Kali ini saya berpeluang melihat projek yang baru disempurnakan oleh firma rekaan Blaine Robert Design. Berpengalaman menyiapkan banyak projek antaranya kediaman dan komersil memberikan peluang untuk pereka ini bereksperimen dengan palbagai pilihan gaya dan cita rasa.

 

Ternyata sejurus tiba ke kediaman ini ia tampil berbeza berbanding kediaman lain di kawasan kejiranannya. Kehadiran saya disambut sendiri oleh Blaine Robert yang juga Pengarah Kreatif untuk firmanya sendiri.

 

Memilih untuk melengkapi kediaman ini dengan suai padan perabot yang direka sendiri, cadangan asal pemilik adalah untuk bermain dengan pilihan ragam warna perabot. Sebagai pereka Blaine menasihatkan mereka untuk kekal pada palet neutral bagi memastikan gaya ini relevan dan tidak mudah bosan kerana perabot tidak praktikal untuk diubah secara kerap.  Lebih unik lagi perhiasan seni lukis yang dipilih merupakan sentuhan tangan pereka kanan Blaine Robert Design yakni Nurul Shamin yang turut terlibat menyempurnakan projek kediaman ini. Sebelum beredar, sempat pula Blaine memperkenalkan saya kepada Shamin untuk berbicara tentang projek ini.  Terus saya ajukan mengenai bagaiman dia menghasilkan karya seni lukis dalam masa yang sama menyempurnakan hiasan dalaman kediaman ini.

See also
Libur - Kembara Eksplorasi Pulau Metropolis

 

“Oleh kerana kami telah secara dasarnya mengangkat tema moden kontemporari sebagai teras untuk memperindahkan lagi kediaman ini, ia memudahkan saya untuk menghasilkan karya seni lukis ini. Untuk gaya sebegini karya seni yang sesuai dan praktikal semestinya gaya abstrak yang memudahkan suai padan bersama ambien seluruh kediaman,” jelas Blaine panjang lebar. 

 

Projek yang memakan masa lapan bulan untuk disempurnakan ini menyaksikan perubahan utama yang menjadikan fasad kediaman berubah secara total. Oleh kerana kondisi kediaman agak terhad, ubah suai total menjadi pilihan untuk membina semula rasa dan gaya yang ingin dicapai oleh pemilik kediaman yakni Nur Azizah Abdul Aziz. Namun kedudukan bilik masih mengikut susun atur pelan asal kediaman dengan penambahan beberapa ruang baru seperti balkoni di bahagian depan dan belakang kediaman, selain peralihan kamar kecil di tingkat satu kediaman. Bagi menyempurnakan ruang balkoni di bahagian belakang, mereka telah menciptakan vertical garden untuk memisahkan pemandangan belakang yang agak rapat denganh kediaman bersebelahan.

See also
Gaya Minimalis Gaia Repossi

 

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Gabungan elemen metal, kayu dalam palet neutral membentuk ruang tamu keluarga yang damai dan selesa untuk kediaman ini.