Kediaman - Eklektik Drama - Glam Malaysia

Kediaman – Eklektik Drama

1 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

Teks : Nadia Zolkifli

Penata Gaya & Arahan Seni : Afiq Khairudin

Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)

 

Laman rumah banglo lama ini teduh dilitupi rimbunan pepohon tua yang hidup di sepanjang pinggiran jalan raya keluar masuk. Sesekali angin sepoi-sepoi menyapa, terlihat dedaun kekuningan luruh menyembah landskap subur menghijau.

 

Ruang tamu luar dibina seakan verandah memperagakan susun atur dua sofa bereka bentuk Scandinavian, kerusi berlengan antik Oriental, meja kayu beranyam, lampu lantai, kabinet, pasu-pasu dan perhiasan antik lainnya menyatu sempurna; melakar persona tersendiri sang penghuni.

 

“Asalnya, ruang ini adalah sebahagian daripada struktur parkir kereta. Namun, saya jadikan ruang duduk-duduk buat menghirup udara segar. Jubin hitam berkilat menutupi permukaan lantai menyuntik sensasi elegan pada keseluruhan wajah ruang,” bicara Leslie Variyan, pemilik kediaman.

 

Tiada apa yang diubah suai pada struktur banglo setingkat ini. Leslie mengekalkan reka pelan asal; kediaman ini memiliki 4 kamar beradu, 5 bilik air dan dapur.

See also
Faktor Mengapa Anda Perlu Pereka Hiasan Dalaman

 

Ruang lantai utama kediaman terbahagi kepada dua ruang tamu. Meja konsol kayu sarat perhiasan seni seperti koleksi pasu, buku-buku bertindak sebagai panel pemisah antara dua ruang ini.

 

Elegan dalam simbahan warna alami, langsung menyerlahkan keseluruhan koleksi perabot dan aksesori yang rata-ratanya jenis kayu, sarat ukiran dan berwarna kelam. Sofa fabrik baldu marun ditempah dari Janine menghiasi ruang menonton. Peti televisyen diatur di atas kabinet kayu didatangkan dari Portugal juga dibeli di Janine. Terlihat kabinet antik, The Wedding Cabinet sarat perincian ukiran tangan di pojok antara ruang tamu menuju ke ruang kamar beradu.

 

“Membeli rumah ibarat membeli wangian diri, its very personal. Segala yang ada di banglo ini adalah apa yang dicari selama ini yakni terbina dalam bandar, struktur setingkat, keluasan tanah yang cukup besar; 7, 600 kaki persegi,” cerita Leslie yang juga pengasas dan pereka fesyen untuk jenama fesyen sedia pakai, Variante dan rangkaian couture, Variyan.

 

See also
Trend Solekan di Cannes

Slide untuk lihat gambar.