Transformasi Dapur Praktikal - Glam Malaysia

Transformasi Dapur Praktikal

Apabila membina dapur, penghuni harus mengambil kira keluasan ruang dan reka pelan sedia ada bagi memastikan gerak kerja selancar dan kekal berzaman. Antara reka bentuk dapur pilihan sesuai untuk semua jenis kediaman moden hari ini seperti senarai ini.

 

espresso kitchen

1. Pelan Terbuka

Strategi pelan terbuka meliputi binaan dapur bersekali ruang makan dan ruang tamu utama dalam satu konsep yang sama. Reka bentuk jenis ini memerlukan hanya satu jenis bahan/material sahaja untuk keseluruhan wajah termasuk kabinet di dapur, ruang makan dan ruang tamu.

 

el_01_isola_cross

2. Rapi Tersembunyi

Berfungsi secara senyap inovatif, multifungsi dan tersembunyi, seni bina dapur jenis ini menjadikan pengalaman memasak lebih menakjubkan. Keseluruhan reka bentuk sistem unit penstoran dapur dibina penuh meninggi dan bersepadu termasuk kaunter sarapan, sinki, dapur memasak, unit dobi, rak berlaci dan berpintu. Namun, pastikan setiap unit mampu digunakan secara stand alone.

 

cool-modern-italian-black-and-stainless-steel-kitchen-with-peninsula-set-from-arclinea-dining-room-designs-contemporary-italian-kitchen-designs-f

3. Pigeonhole Storage

Rak terbuka membolehkan penghuni mempamer koleksi barangan peribadi dengan lebih bergaya dan penuh identiti. Pecahkan dimensi ruang sedia ada menerusi pilihan aksen warna pilihan di setiap binaan rak untuk lebih personaliti.

See also
Kediaman - Minimalis Mewah

 

KUBIC 4 Wooden fitted kitchen euromobil

4. Dapur Berpulau

Reka bentuk dapur pilihan ramai seluruh dunia. Selain dilihat praktikal dan relevan sepanjang zaman, rekaan dapur berpulau dilihat sesuai untuk kesemua jenis unit kediaman tanpa mengira keluasan. Ukuran ideal dapur berpulau adalah 36 inci tinggi x 2 hingga 7 kaki lebar. Anda juga boleh memanjang ukuran dapur berpulau untuk bar sarapan.