“Perhiasan tingkap tidak hanya berfungsi sebagai elemen penting dalam hiasan dalaman, malahan ia juga memainkan peranan dalam meningkatkan gaya peribadi dan kualiti hidup.” Elyza Yong, Pengasas Jenama Elyza’s.
Gambar: Window Blind Safety
Bidai Menegak
Bidai yang dipasang menegak dan bergerak ke sisi untuk dibuka dan ditutup. Terdiri dari fabrik, plastik atau aluminium. Dikawal menggunakan rantai kunci di hujungnya.
Gambar: The Curtain Studio
Roman Blinds
Pilihan paling popular jika berbicara mengenai bidai untuk hiasan dalaman. Boleh diperbuat dari apa sahaja fabrik mengikut kehendak anda termasuk fabrik yang digunakan untuk langsir. Kemas dan teratur.
Gambar: Elite Blinds
Panel Tetingkap
Sering disalah anggap sebagai langsir. Ia merupakan sekeping fabrik yang digunakan untuk memisahkan ruang seperti di hallway atau pada tingkap.
Gambar: Elit Blinds
Bidai Venetian
Selalunya diperbuat dari kayu untuk kegunaan luar dan dalam atau aluminium. Ia dibina melintang dan boleh ditarik ke atas atau dicondongkan mengikut kesesuaian laras cahaya yang dikehendaki.
Roller Blinds
Menggunakan fabrik keras yang boleh digulung keatas untuk pembukaan. Kini hadir bermotor atau manual menggunakan tali bermanik pada penghujungnya.