Inspirasi - Helah Cipta Ilusi Ruang - Glam Malaysia

Inspirasi – Helah Cipta Ilusi Ruang

Kebelakangan ini ramai memilih untuk mendiami kediaman seperti kondo dan apartmen yang mempunyai ruang terhad. Kebijaksanaan dalam menentukan susun atur semestinya dapat membantu menghasilkan ruang kediaman yang tidak hanya selesa bahkan juga praktikal. GLAM Deko kongsikan tiga helah untuk mencipta ilusi ruang lebih luas.

  • Pencahayaan semula jadi

Pencahayaan yang terang dari sumber semula jadi yakni matahari sememangnya memberikan kesan pada gambaran keluasan ruang. Oleh itu jangan hadkan kemasukkan cahaya dan pilih langsir yang sesuai untuk menebat haba dari masuk tanpa menghalang cahaya. Selain menjimatkan elektrik tanpa perlu nyalaan lampu, ia sememangnya segar saat anda melihat ruang yang luas dan terang dengan pencahayaan.

  • Pantulan cermin

Teknik klasik yang masih bisa dicuba adalah dengan menghadirkan cermin pada ruang yang terlihat sempit. Sama ada berbingkai cantik di foyer ruang mahupun sebagi titik fokal pada ruang tamu, cermin venetian merupakan idea malar segar yang bisa memberi idea elegan pada penataan. Biarpun anda memilih gaya moden, tidak salah menyuntik sedikit klasik agar ruang tidak tampil kaku.

  • Rona Cerah

Tergantung kepada konsep dekorasi yang anda pilih, sememangnya rona putih dan cerah sedikit sebanyak memberikan ilusi ruang lebih luas dan besar. Jika tidak berapa menggemari rona putih bersahaja, suntikan sedikit rona lain seperti putih gading atau ivory juga masih boleh diterima. Jika sudah putih pada dinding, boleh bermain rona pada perabot utama dan perhiasan atau sebaliknya.

See also
Taman Tema Indoor Menarik Buat Kanak-kanak