Datin X - Apabila Ibu Bapa Sendiri Ada Kehidupan Rahsia - Glam Malaysia

Datin X – Apabila Ibu Bapa Sendiri Ada Kehidupan Rahsia

Lisa tak keruan sepanjang hari mengenangkan gosip yang didengarinya sejak minggu lepas, baru disahkan benar pada malam tadi. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Selalunya jika ada masalah, bayar sahaja lalu hilanglah masalah itu. Masalah besar mana sekali pun, Daddy was always on speed dial. Umum amat hormat padanya sebagai tokoh berwibawa. Di lewat usia, dia semakin banyak anjur majlis amal dan sekarang sudah pun jadi orang masjid. Mummy Lisa sendiri laksana ibu mithali. Dia amat hands on dengan apa jua hal berkaitan keluarga. Sewaktu Lisa bersalin baru-baru ini, dialah yang paling sibuk sekali sampaikan menu berpantang serta jamu pun dia sendiri yang sediakannya. Ya, Tan Sri dan Puan Sri memang nampak seperti orang baik-baik. Tetapi orang baik pun ada harinya di mana hatinya berbolak-balik, mengimbangi antara yang buruk dan baik.

Pagi ini Lisa bangun tidur dengan minda yang teramat kusut. Terpateri dalam kotak fikirannya mengenai bapa kesayangan bersama wanita lain selain ibunya. Lisa jelas langsung tidak dapat menerima hakikat tersebut. “Rasanya baru sahaja kami merai ulang tahun perkahwinan Daddy and Mummy yang ke-30. They both looked so happy and we all thought they really were. Mana tahu di sebaliknya, kedua-duanya menyimpan rahsia. I ingatkan Daddy sahaja yang ada girlfriend baru, rupa-rupanya Mummy pun ada boyfriend baru juga!” ujar Lisa yang seingat Datin X, beria-ria menganjur surprise anniversary party untuk kedua ibu bapanya di hotel lima bintang. Habis semua saudara-mara serta kawan-kawan ibu bapa dijemputnya datang, termasuk teman-teman rapatnya sendiri. Manalah Lisa tahu yang usahanya untuk merai insan-insan tersayang sebenarnya langkah yang agak kurang bijak. “Patutlah ramai tetamu tampak kurang ceria. It was all just too awkward. Rupa-rupanya satu KL sudah tahu kecuali anak sendiri!”

See also
Yang Terakhir Daripada Datuk Rizalman

Lebih membuatkan Lisa murung apabila dia mendapat tahu yang jejaka baru dalam hidup ibunya adalah temannya sendiri. “Datin, I feel like an idiot! I kena tipu hidup-hidup. Selama ini I ingatkan mereka memang mesra seperti keluarga, tak sangka pula sampai ada affair. Don’t you think they’re both too old to be sleeping around?!” Kalau mahu confirm hubungan sulit sampai ke katil, Datin X tidak berani nak komen sebab ibunya memang bagus orangnya. Tidak pernah lupa pada Datin X yang pangkat adik. Tetapi terang-terangan ibu Lisa dan lelaki muda itu bercanda ibarat kekasih. Sampaikan ramai yang bawa mulut bercerita yang bukan-bukan. Kononnya ada yang terlihat boyfriend muda itu bawa Mercedes ibu Lisa ke sana ke mari, seolah-olah kereta itu dia yang punya. Dan nampak sangat makan pakai ditanggung sepenuhnya oleh ibu Lisa kerana masakan lelaki tersebut dengan bisnes yang sudah melingkup mampu travel naik business class dan makan fine dining saban malam. Datin X ada nampak muat naik lelaki itu di Instagram…ya, serba mewah namun tidak pernah tonjol wajah sebenar teman wanitanya. Jadi sekarang, barulah satu dunia tahu, girlfriend barunya itu sudah bercucu!

See also
Datin X: Bakal Berkahwin Setelah Bertahun Ada Affair

Itu belum lagi kisah Tan Sri yang sedang bercinta dengan staff sendiri. Oh, kisah sebegini memang klasik. Dari sekadar hubungan bos dan pekerja, akhirnya berubah kepada hubungan asmara. Wanita itu ibu tunggal dan usianya tidaklah begitu jauh jaraknya. Wanita itu juga memiliki anak perempuan yang kebetulan sama usia dengan Lisa. Lagilah Lisa pening apabila sampai perkhabaran yang menceritakan yang Tan Sri akan sponsor dari segi kewangan, bagi menganjurkan perkahwinan anak perempuan kekasihnya itu. Katanya akan dibuat di hotel lima bintang juga. “Apa perempuan itu kata, semua dia ikut. Apa sahaja yang perempuan itu minta, semua dia bagi. He’s not being himself! The big question now isMy dad ni sudah kena mandrem ke apa?!” Tapi bagi Datin X, persoalan yang paling utama sekarang… Tan Sri dan Puan Sri masing-masing ada pasangan baru. Jadi tak reti nak bercerai dan kahwin lain ke? Oops!

Dahulu Lisa berasakan dirinya amat bertuah kerana hidupnya dari lahir sudah pun dibaluti kemewahan. Jodoh sudah dari awal lagi dirancang, lalu dia pun kahwin muda dan kehidupan bertambah indah apabila dia dikurniakan cahaya mata sulung baru-baru ini. Ramai yang melihat keluarga kecil Lisa sungguh sempurna, lebih-lebih lagi ada ibu bapa dan adik-beradik yang begitu family oriented, dalam masa sama high profile. Lisa juga bertuah ada support system yang kukuh di kalangan kawan-kawannya. Zahirnya, kehidupan Lisa tampak picture perfect, tanpa cacat cela. Sebab itu apabila tiba-tiba terpaksa menanggung realiti di mana ibu dan bapanya berkemungkinan akan berpisah, Lisa berasa seakan dikhianati oleh dua orang paling disayanginya.

See also
Koleksi S/S 18 Michael Kors Ibarat Sebuah Percutian Chic

“You untung sebab sudah ada keluarga sendiri. Susah senang boleh mengadu pada suami. I cuma kasihankan adik you sahaja. Tapi dia pun menuntut di boarding school luar negara, kan? Jadi tidaklah terasa sangat…” Lisa mengeluh lagi. Soalnya, bagaimana boleh ibu dan bapa tinggal serumah apabila hati masing-masing pada orang lain? “Maybe they’re still living together because they don’t want to hurt your feelings? Lagi pun mereka baru sahaja terima cucu…” Datin X cuba menenangkan Lisa. Datin X juga cuba menerangkan kepadanya yang soal hati dan perasaan tidak dibatasi usia. “Satu hari nanti, when you’re old enough, barulah you akan faham,” kata Datin X kepadanya. Kerana Datin kenal beberapa orang, baik lelaki atau wanita, yang bercinta seakan anak remaja walau usia sudah menginjak 60-an. Tidur tak lena, mandi tak basah. Asyik berbalas mesej siang malam hinggakan cucu-cucu pun sudah lama tidak dijenguknya. Duit juga banyak habis tatkala orang berusia ini banyak pula baggage mereka. Mahu bayar yuran kolej anak kekasih atau pun tolong bayarkan habis pinjaman sedia ada. Waktu ini, intervention di kalangan anak-anak pun sudah tidak jalan lagi.