Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
Daripada pinggan mangkuk yang penuh estetika hingga ke perabot rumah yang unik, jenama lokal memperlombong warisan kreativiti yang kaya dengan kreativiti artistik buat penata gaya barangan rumah yang diidamkan.
Barangan rumah boleh diibaratkan sebagai aksesori yang dapat menambah seri selain memberi kefungsian di rumah. Pada era kini, ramai yang menggemarkannya tanpa mengira usia dan jantina di mana ia menjadi suatu standard estetika sekarang. Dalam pada itu, jenama lokal juga kini ramai yang berbakat dan hebat berniaga dalam bidang ini seiring dengan label antarabangsa. GLAM lampirkan senarai jenama lokal barangan rumah untuk dimiliki.
5 Artisan Lokal Melatari Ruang Dekorasi
1. Bendang Artisan
Miliki pinggan mangkuk yang bergaya dari Bendang Artisan, bengkel seramik moden dan anggun yang boleh menjadi pilihan hati. Rozana Musa merupakan pengasas buat label ini, meningkatkan pilihan reka bentuk pinggan mangkuk untuk suasana acara makan yang seterusnya. Estetika tersendiri di Bendang Studio ini condong ke arah gaya abstrak organik. Dengan suntikan perincian percikan artistik pilihan terkini.
2. MAD3 Studio
MAD3 Studio, sebuah kolektif reka bentuk oleh tiga rakan kongsi terhadap kecintaan terhadap perabor buatan tangan. Menggunakan teknik tradisional untuk ciptaanya, ia menjalin gabungan kontemporari dengan bentuk baharu, kombinasi warna dan corak tenunan. Siapa sangka, bahan seperti tali keluli, PVC serta perabot rotan memberi kefungsian menyeronokkan yang mengindahkan
ruang kediaman!
3. By Hogen
Berpangkalan di Pulau Pinang, By Hogen ialah label perabot lokal olch Neoh Kim Hin dan Goh Boon Sin yang menggabungkan kesenian dan ketukangan secara harmoni dengan kefungsian dan gaya kontemporari. Mengkhususkan produk dalam potongan minimalis, Hogen menawarkan kemewahan item barangan rumah yang selesa.
Hogen melambangkan semangat inovatif dan etos kerjasama oleh dua pengasas ini. Reka bentuk perabotnya mempamerkan bahan scrantau, yang dircka dengan teliti oleh tukang tempatan. Lantas, mencerminkan komitmen mercka terhadap kualiti dan inovasi dengan suntikan sentuhan yang moden.
4. The Tiffin Company
Tidak lengkap peralatan rumah di Malaysia tanpa mangkuk tingkat yang ikonik! The Tiffin Company merupakan warisan Baba Nyonya berasal dari Melaka. Diasaskan olch Christina Kaw, item rumah ini meremajakan artifak tradisi tempatan dengan artisanal yang menarik. Menawarkan himpunan mangkuk tingkat dengan reka bentuk visual yang penuh seni, label ini menawarkan elemen peranakan’ yang bertenaga. Lantas, ia menghasilkan produk yang mesa alam di mana lukisan tangan dihiasi dengan motif tradisonal lalu disemai dengan sentuhan kontemporari. Ternyata, memenuhi dekorasi rumah gaya hidup tradisi lagi moden.
5. The Heritage Baskets
The Heritage Baskets oleh adik-beradik Eleen dan Elizabeth Cho, mempamerkan bakul dawai buatan tangan tradisi bapa mereka, David Cho.
Daripada bakul telur ke tempat simpanan buah, ia dipengaruhi olch latar belakang kcluarganya dalam membuat peralatan dapur dawai logam di Kuala Lumpur. The Heritage Baskets menumpukan pada penyempurnaan kraf barangan rumah Malaysia, yang dahulunya biasa menjadi ekspresi artistik ketukangan tradisional dengan reka bentuk yang unik. Nyata, warisan bapanya dircalisasikan kepada item rumah yang sungguh kontemporari!
Artikel Berkaitan: 5 Ilham Dekorasi Untuk Ruang Tamu Lebih Luas. Ini Rahsianya!