GLAM Deko Personaliti - Bicara Pakar Warna - Glam Malaysia

GLAM Deko Personaliti – Bicara Pakar Warna

Gambar : Jotun

 

Kristine Anvik Leach memegang jawatan sebagai Pengarah Pemasaran Rantau Asia Tenggara dan Pasifik Jotun bercerita mengenai trend spektrum warna 2017 dan efek warna dekorasi kepada personaliti seisi penghuni.

 

 

1. Apakah trend warna yang bakal menguasai dunia industri reka bentuk 2017?

 

Seperti yang dikongsikan oleh Lisbeth Larson, Pengurus Warna Global Jotun di majlis pelancaran tadi, tahun 2017 bakal menyaksikan mainan warna-warna neutral bersesuaian gaya hidup serba moden dan kompak. Kami memilih tiga tema kehidupan warna yakni, Nordic Living – lebih kepada penggayaan hidup kedesaan, palet suram semulajadi; Urban Living – berinspirasikan nadi hidup tanpa henti di kota-kota besar dunia, Tokyo, Miami dan Stockholm, dikuasai palet sofistikated  Jotun Deco Pink, Jotun Evergreen dan Jotun Velvet Grey; akhir sekali tentunya, Continental Living – menyelami diversiti budaya di Istanbul dan Marakesh, spektrum warna hangat termasuk Jotun Heat, Jotun Olive Brown, Jotun Dijon Yellow dan Jotun Dusty Purple.

See also
Titip Idea Dekorasi Segar Sempena kehidupan Baharu

 

2. Apakah cara terbaik untuk aplikasi ketiga-tiga tema hidup Global pada ruang yang berbeza?

 

Eksperimen! Penghuni harus berani mencuba sesuatu yang segar dan baru. Jotun kini memperkenalkan konsep mesra DIY, penghuni boleh membangkitkan pilihan spektrum warna menerusi rangkaian Majestic Design. Diilhamkan oleh keindahan alam semula-jadi, tiga kemasan Majestic Design termasuk Majestic Design Pearl – kemasan kemilau pearlescent, mengabadikan ketenangan kabus pagi hari; Majestic Design Prestige – kemasan mewah berlogam menjelmakan kepulan awan-awan indah apabila matahari terbenam; dan Majestic Design Diamond – kilauan butiran berlian membawakan suasana langit malam dilimpahi sinaran jutaan bintang dan permata.

 

3. Kesalahan yang sering dilakukan dalam memilih warna cat dinding untuk kediaman dan adakah sebarang cara untuk mengelakkannya?

 

For not choosing the color! Ini kerana saya melihat masih banyak kediaman di Malaysia yang memilih jalan selamat dengan mengecat keseluruhan rumah serba putih. Warna amat penting dalam kehidupan kerana ianya refleksi personaliti dan mood sehari-hari.

See also
Trend - Warna Kehidupan Jotun untuk 2018

 

4. Adakah terdapat sebarang warna yang anda anggap sebagai malar segar dan adakah sebarang trend warna yang anda rasakan sudah tidak relevan?

 

Warna bersifat subjektif dan pilihan personal setiap individu. Cuma mungkin ada beberapa kontradiksi warna yang ternyata kurang menjadi seperti oren dan merah kerana keduanya berada di dalam spektrum warna panas dan terang.

 

5. Warna terbaik untuk kamar beradu dan ruang makan?

 

Kamar beradu, destinasi buat individu berehat dan berinspirasi, saya mencadangkan warna-warna neutral sama seperti tema Urban Living. Jotun Pale Green, Mist amat sesuai untuk kamar beradu. Manakala, saya mahukan atmosfera mesra di ruang makan, spektrum warna Continental Living cukup ideal. Tetapi saya tidak berani menggunakan merah Jotun Heat kerana dimensi warna yang terlalu kuat.

 

6. Warna kegemaran anda dan mengapa?

 

Nordic Living menggambarkan personaliti sebenar saya. Sebaik saya berpindah dan menyelami gaya hidup orang Malaysia, saya memilih tema Continental Living yang mana lebih warm, berani dalam masa sama cosy.

1 of 6

See also
Diari Deko - Bayu Baru The Datai Langkawi

 JOTUN MAJESTIC DESIGN DIAMOND