GLAM Deko Libur - Percutian Mewah The Aquila - Page 2 of 6 - Glam Malaysia

GLAM Deko Libur – Percutian Mewah The Aquila

Pemandangan keseluruhan The Aquila

 

Percutian bertemankan alam semulajadi lebih menarik jika di kelilingi suasana mewah dan memukau yang memberikan keselesaan waktu itu. Sememangnya ia menjadi tarikan utama selain nilai tambah buat meluangkan masa untuk diri sendiri juga bersama yang tersayang. Destinasi terkenal dunia, Phuket membawakan rangkaian pelbagai hotel dan vila pelbagai harga untuk memenuhi keperluan pelancong yang datang berkunjung.

 

Terbaru, The Aquila membuka pintunya untuk mereka yang mahukan seleksi mewah tatkala meluangkan masa di pantai eksotik ini. Membawakan sebuah vila yang dilengkapi tujuh buah bilik, ia dikepung persekitaran landskap seluas dua setengah ekar bersama pemandangan Laut Andaman dari cenuram setinggi 165 meter dari aras laut. Semestinya kejernihan laut yang mendamaikan ini menyuntik aura segar yang menjadi impian.

 

Rekaan vila ini jelas memperlihatkan pengaruh seni bina budaya Thai yang diberi suntikan lebih kontemporari. Dengan binaan empat pavilion berbeza dalam memanipulasi pancaran mentari sambil bertemankan pemandangan indah persekitaran sekeliling. Lebih menarik, pengunjung dapat menikmati kesegaran laut Andaman menerusi teluk yang terlindung dengan paparan lautan yang masih terpelihara.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ruang santai menghadap Laut Andaman.