GLAM Deko Libur - Dunia Mewah Conrad - Glam Malaysia

GLAM Deko Libur – Dunia Mewah Conrad

Wajah Conrad Guangzhou

 

Conrad Hotels & Resorts, salah satu jenama di bawah rangkaian perhotelan Hilton kini menawarkan pilihan terbarunya di rantau Asia sempena pembukaan Conrad Guangzhou yang merupakan hartanah ketujuh buat jenama ini di bumi China. Direka bagaikan sebuah oasis urban di jantung kota baru Zhujiang, ia menawarkan pemandangan indah. Panorama sungai terserlah dari kamar penginapan mahupun rangkaian restoran yang menempati hotel ini. Pilihan ideal sekali buat kamu yang sekadar mahu berlibur ataupun untuk urusan rasmi.

 

“Kami teruja memperkenalkan konsep smart luxury buat daerah Guangdong. Sebagai hotel yang ke-31 di bawah jenama Conrad pada peringkat global, hotel ini menterjemahkan kembali lanskap perhotelan mewah buat daerah ini. Malah kami memberikan pilihan lebih bergaya buat pengembara yang ingin mengeksplorasi kawasan persekitarannya. Melalui rekaan yang memberikan inspirasi, kemudahan dan perkhidmatan serba lengkap jua peluang berhubung dengan destinasi yang dipilih, Conrad menjamin pengalaman percutian yang bakal meninggalkan kesan buat para pengunjungnya,” kongsi Jin Qian yang merupakan Presiden untuk Pasaran China dan Mongolia, Hilton.

See also
Kediaman - Nostalgia Warisan Rumah Lama

 

Hotel ini menampilkan 309 kamar tetamu dan suite dalam menara berketinggian 27 tingkat yang direka moden menghadap Sungai Mutiara (Pearl River). Lokasi yang strategik di tengah-tengah pusat perniagaan memberikan perhubungan terus ke pusat beli-belah premium juga hiburan dan destinasi berunsurkan kesenian di sekitarnya. Antara tarikan yang berdekatan adalah Muzium Guangdong, Guangdong Opera House dan Menara Canton yang turut dihubungkan melalui sistem pengangkutan awam.

 

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Ruang Lobi Conrad Guangzhou.