GLAM Deko Diari - Rona Musim Panas bersama Dulux dan Starbucks - Glam Malaysia

GLAM Deko Diari – Rona Musim Panas bersama Dulux dan Starbucks

Artis menerangkan mengenai karyanya.

 

Musim panas ini menandakan masa yang sesuai untuk diluangkan buat aktiviti luar. Mengambil semangat ini, Dulux dan Starbucks bekerjasama dalam memperindah dinding yang menghiasi cawangan kaunter pandu lalu buat jenama minuman terkenal dunia ini. Dengan berinspirasikan oleh warna dan elemen musim pansa juga minuman identiti Starbucks yakni Frapuccino, mereka membawakan karya artis tempatan untuk lukisan mural di beberapa outlet terpilih Starbucks. Ini dianjurkan bersempena kempen yang dinamakan sebagai “Show Your Flavor” bertujuan untuk mendorong pelanggan menjadi lebih berani dan mencabar mereka mencuba pengalaman baru selain mengekspresikan diri melalui penggunaan warna-warna musim panas.

 

Kolaborasi yang pertama buat kedua-dua jenama ini, sebagai salah satu langkah menggalakkan bakat-bakat seni yang ada di seluruh negara dikongsikan bersama dalam meraikan kekayaan budaya dan gaya hidup masyarakat majmuk Malaysia. Projek ini bermula dengan cawangan Starbucks pandu lalu Jalan Ampang yang menampilkan 23 artis untuk projek ini. Manakala di Pulau Pinang, Starbucks Malaysia telah menjalinkan kerjasama bersama pensyarah seni dan lima orang pelajar mereka dari Equator College, Academy of Art untuk menghasilkan karya mural yang membawakan nafas sama di cawangan Starbuck pandu lalu Tanjung Tokong.

See also
GLAM Deko Trend - Kelengkapan Dapur Berkemasan Pusam

 

“Kami mahu menjadikan jenama Starbucks sebagai salah satu platform buat artis tempatan menonjolkan kreativiti mereka. Ia begitu mengujakan melihatkan bakat yang mereka miliki. Mereka dapat mengekspresikan interpretasi musim panas dalam gaya mereka dan para pelanggan kami dapat menikmati keindahan karya ini,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad, Sydney Quays.

 

Mereka yang bertanggunjawab membawakan idea kreatif termasuklah artis, wakil Dulux dan Starbucks.