GLAM Deko Destinasi - Antik & Vintaj di House of Hazienda - Glam Malaysia

GLAM Deko Destinasi – Antik & Vintaj di House of Hazienda

Ceritakan permulaan jenama House of Hazienda?

 

House of Hazienda adalah gabungan nama keluarga saya. Sudah terlibat dalam industri seni reka bentuk lebih daripada 20 tahun, saya beroperasi hanya di rumah. Lama-kelamaan, perniagaan berkembang dan tidak lagi mampu menampung barangan yang ada. Lima tahun lalu, kami membuka butik perabot dan menjual segala kepakaran yang ada.

 

Bagaimana mendapat idea untuk membuka kafe Decor Tea Room by Hazienda di dalam butik House of Hazienda?

 

Segalanya bermula apabila saya memikirkan strategi perniagaan untuk meningkatkan angka trafik kunjungan ke butik. Saya tidak mahukan komitmen yang keterlaluan, dan merasakan kafe adalah yang terbaik. Pelanggan dapat datang, menikmati hidangan enak di dalam ambien yang dicipta oleh House of Hazienda. Ini membolehkan mereka merasai sendiri barisan perabot, tekstur kemasan lembut, dan keempukkan kusyen yang ada di sini.

 

Apakah menu hidangan yang disediakan?

 

Anda mesti merasai hidangan nasi lemak ayam goreng dan nasi lemak daging dendeng kami. Kesemua hidangan dimasak sendiri. Selain itu, pelbagai jenis perisa teh Inggeris, pastri seperti skon, kek, brownies dan aneka sandwic dibakar segar setiap hari.

See also
Gucci Melengkapi Rutin Harian

 

Apakah servis yang ditawarkan oleh House of Hazienda?

 

Kami menawarkan khidmat nasihat dekorasi dalaman, perabot bespoke, perabot antik, re-upholsteri, malah anda juga boleh mendapatkan pelbagai reka bentuk aksesori kediaman termasuk curtain tassle, dinnerware dan tombol pintu. Setiap rekaan adalah terhad kerana kebanyakkan item yang ada disini diperoleh lewat kembara peribadi.

 

House of Hazienda di D2 – 2 – G, Pusat Komersial Dana 1, Jalan PJU1A/ 46, Ara Damansara.

 

Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)

 

[soliloquy id=”59566″]