Fokus - Pilihan Arkib Tekstil - Glam Malaysia

Fokus – Pilihan Arkib Tekstil

Ramai yang masih mengambil mudah pilihan jenis dan material fabrik untuk kediaman. Fabrik untuk kediaman perlu bersifat lembut, selesa dan tahan lama. Seiring zaman, kewujudan pelbagai rekaan dan mutu fabrik boleh diguna pakai untuk kemasan perabot, kemasan lembut termasuk sarung kusyen, cadar dan langsir.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

LINEN

Fabrik bersifat alami dan semula jadi, sering dilihat di kawasan beriklim panas kering kerana ringan, tahan lama dan kandungan fiber linen mampu menyerap haba dengan baik. Terhasil daripada tenunan benang flax, linen mudah berkedut dan tidak mudah luntur. Linen sesuai dijadikan material untuk langsir, sarung kusyen dan alas meja. Jika mahu menggunakan linen sebagai langsir di ruang kediaman seperti ruang tamu, pastikan kedudukkan cahaya siang menembusi masuk agar dapat disediakan keperluan lapisan langsir tabir suria.

Tip Penting

  1. Fabrik linen tidak boleh terkena air; tidak boleh melalui basuhan air, basuhan mesin.
  2. Linen akan mengecut jika terkena air serta berubah warna.
  3. Warna linen tidak mudah luntur jika terkena cahaya matahari siang secara terus.
  4. Penjagaan linen agak rumit; tidak sesuai untuk ruang yang aktif seperti ruang tamu utama.
See also
Palet - Trivia Warna Green Crush