Fokus - Gaya Reka Bentuk Sofa Perlu Tahu - Page 6 of 10 - Glam Malaysia

Fokus – Gaya Reka Bentuk Sofa Perlu Tahu

Trend seni reka bentuk berubah sepanjang zaman. Ada reka bentuk yang kekal lamanya, ada yang berlalu tanpa dikenali. Setiap sofa atau sistem duduk perlu bercirikan praktikal, tahan lasak dan klasik, kerana sofa antara pelaburan perabot berjangka hayat lama. Jarang kita lihat orang bertukar sofa setahun sekali, kerana kos yang tinggi dan tuntutan kehidupan tidak memerlukannya. Jadi, pilih jenis sofa yang betul-betul ideal dengan reka pelan ruang kediaman, agar ruang tidak kelihatan terlalu lapang, sempit atau even worst, janggal. GLAM Deko kongsikan reka bentuk sofa yang perlu anda tahu.

6 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

English Roll Arm

Tempat rehat lengan bereka bentuk bulat empuk menentukan gaya keseluruhan sofa ini. Kusyen di bahagian bawah dibiar longgar, mencipta duduk yang cukup selesa. Sofa gaya ini sesuai untuk kediaman kontemporari yang mahukan gaya homey dan selesa tanpa batasan. Fabrik linen kapas cukup mudah dibersihkan. Jika mahukan lebih impak drama, pilih fabrik jenis baldu dalam warna mendalam; marun, hijau lumut atau biru nilam.

54eaf601dbb7d_-_clx060109_030_1_7-de-7721503