Barisan insan berpengaruh membantu menetapkan gaya dan trend dunia dekorasi sebagai inspirasi dan panduan untuk para pengguna. Setiap mereka mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri.
Pasukan duo wanita yang berlatarbelakangkan seni bina ini mengasaskan Studio Bikin bertapak di Kuala Lumpur pada 2012. Studio Bikin merancang dan melaksanakan projek reka bentuk termasuk seni bina, rekaan ruang pejabat, ruang komersil sehingga kediaman persendirian dan reka bentuk perabot (Kedai Bikin). Malah, mereka turut membina platform untuk pereka-pereka ASEAN berbakat yang mahu mengetengah produk ciptaan di Kedai Bikin.