Barisan insan berpengaruh membantu menetapkan gaya dan trend dunia dekorasi sebagai inspirasi dan panduan untuk para pengguna. Setiap mereka mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri.
Use your ← → (arrow) keys to browse
Datuk Rizalman Ibrahim
Mula membina nama dengan bidang rekaan fesyen, pengalamannya mencipta jenamanya Rizalman Ibrahim yang sudah melebihi 25 tahun sememangnya antara yang tidak dapat disangkal lagi. Mula berjinak-jinak dengan rekaan dalaman sebagai minat, dia telah mula serius membina GLAM Reka dan GLAM Casa sebagai cabang perniagaan yang mengkhususkan rekaan dalaman. Jika ketika bermula kebanyakan pelanggannya adalah mereka yang pernah menempah pakaian daripadanya, kini portfolio rekaan dalamannya menebar luas sehingga ke seluruh pelosok negara. Signatur gayanya begitu menebal namun dia bijak menyatukan gaya yang dipilih oleh pemilik kediaman dalam masa yang masih mengekalkan identitinya.