Use your ← → (arrow) keys to browse
Frankitas, jenama gaya hidup wanita yang diasaskan oleh Francisca Turner Shaik sejak tiga tahun lalu. Barangan rumah seperti kusyen, hamparan permaidani, beg anyam, beg bimbit bermotifkan warisan etnik Jawa dan kehidupan tropikal boleh didapati disini.
Setiap satu produk Frankitas adalah buatan tangan dan hampir 70 peratus rangkaian rekaan jenama ini dihasilkan di Malaysia. Frankitas, gemilang menerusi simbahan warna-warna menyengat dan motif etnik seperti Ikat, Batik. Songket, Tenun dan Rangrang.
Setiap motif ditenun menepati gaya hidup wanita moden malar segar dalam cetakan corak chevron dan abstrak. Frankitas menggunakan bahan artisan seperti sutera dan linen yang diperoleh daripada seluruh pelusuk Asia; Jawa, Borneo, Uzbekistan dan Pakistan. Frankitas menghasilkan 13 rekaan beg, beg bimbit, skaf sutera, barangan kemas dan barangan dekorasi kediaman.
Jenama ini turut boleh dilihat di rangkaian hotel dan resort mewah; St Regis, Four Seasons dan Banyan Tree Group Velassaru Maldives Resort.
Frankitas Gallery beroperasi di Damansara Heights dan dibuka atas temujanji. Malah, anda juga boleh melihat dan membeli produk Frankitas secara atas talian diwww.frankitas.com