Dari Fesyen ke Hiasan Dalaman

Dari Fesyen ke Hiasan Dalaman (Perabot)

Dari Fesyen ke Hiasan Dalaman (Perabot)

 

Fesyen tidak hanya terhad kepada persalinan indah yang digayakan pemiliknya. Hari ini ramai menganggap ia sebagai satu gaya hidup. Dalam memenuhi tuntutan material pasaran hari ini, jenama fesyen unggul memberi persaingan dalam dunia rekaan hiasan dalaman dangan membawakan perabot rekaannya buat penggemar sejati jenama ini. Rekaan tersendiri membawakan pelbagai ideologi namun msih berpaksikan identiti asal rumah rekaan mereka. Tanpa mengabaikan elemen fungsi, setiap rekaan sememangnya menampilkan karakter tersendiri.

 

Armani Casa

Meja konsol Glam ini tampil mewah menempati kamar beradu. Lihat sendiri di butik Armani/Casa, Starhill.

 

Armani/Casa

Jenama ini sebenarnya telah lama menghiasi dunia hiasan dalaman. Mereka turut melibatkan diri dalam pameran sedunia yang berkisar mengenai hiasan dalaman yakni Salone Del Mobile yang berlangsung setiap tahun di Milan. Tidak hanya mengehadkan kepada rekaan perbot, pereka turut membawakan seleksi aksesori kediaman, manisan (Armani/Dolci) dan gubahan bunga (Armani/Fiori) mengikut identiti tersendiri. Minimalis namun kekal elegan dan mewah, itulah tafsiran saya setiap kali melihat jenama ini hadir dengan koleksi terbaru.

See also
5 Langkah Mudah Kamar Mandi Tanpa Cela

 

#VERSACEHOME 2015_La Coupe des Dieux chair (1)

Kerusi La Coupe des Dieux antara rangkaian perabot terbaru yang diperkenalkan Versace di Milan tahun ini.

 

Versace

Seperti yang kita sedia maklum, Mendiang Gianini Versace sememangnya mempunyai visi menyeluruh tentang jenamanya. Kediamannya dan hotel jenama ini membawakan seleksi penuh rangkaian perabot Versace. Selain perabot, set pinggan mangkuk mereka sentiasa membawakan gaya signatur jenama ini.  Donatella Versace terus menghidupkan gaya kemewahan cetakan Medusa dan gaya Rococo dan pengaruh Baroque.

 

bottega

Kemasan marmar coklat menjadi pilihan untuk meja daripada Bottega Venetta ini.

 

Bottega Venetta

Clean lines bersama siluet ringkas sememangnya identiti teras jenama ini. Ia turut dijelmakan pada rekaan perabotnya. Namun begitu, nilai estetika yang tinggi selain craftsmanship terbaik tetap dikekalkan untuk memastikan ia bergerak seiring koleksi fesyen mereka. Paduan antara rona terang bersama tona bumi dan ketelitian perincian mereka menjadi sebab utama mengapa jenama ini kekal diminati penggemarnya.