Jenama dunia fesyem dan aksesori gaya mewah, Dior mengorak langkah baru di Kuala Lumpur menerusi pembukaan butik pertama, Dior Homme akhir Februari lalu. Memilih untuk mendiami pusat beli-belah eksksluif ibu kota, KLCC, Dior Homme menawarkan ruang berkonsep sofistikated dengan suntikan elegan dan inovasi rekaan setiap item jenama ini. Aura maskulin ditebar dalam arena simetri lurus moden, dipelopori aksesori metal kemilau dan lantai kayu cerah berira chevron. Sempena pembukaan butik ini, Dior Homme melancarkan clutch edisi khas yang ditandai bermula nombor 1 hingga 10.