Bajet Makeover! - Glam Malaysia

Bajet Makeover!

[soliloquy id="46530"]

Buang Pembahagi Ruang

 

Ilusi ruang kecil kelihatan lebih luas tanpa kehadiran pembahagi ruang. Ini juga membuka aliran pergerakan selancar udara dan cahaya di segenap ruang. Jika perlu, aplikasikan kepingan cermin telus sebagai pemisah di antara kamar kecil dan kamar mandi.

 

Sarung Kusyen

Motif geometri seperti chevron, jejalur dan tartan sedang trending. Beli sarung kusyen yang sudah siap, berbanding membeli fabrik kemudian menempah kerana semua ini memerlukan tuntutan masa dan kos yang tentunya lebih. Jika kusyen lama sudah mula lembik dan kendur, sudah tiba masanya untuk menukar koleksi kusyen yang ada.

 

Tuala Muka & Tangan

 

Terbitkan rasa bersih semulajadi dengan aksesori dan kemasan lembut yakni bidai dan tuala serba putih. Ruang tidak hanya kelihatan suci dan lapang, barangan putih mudah diselenggara pabila kotor. Gedung jenama Akemi Uchi, Aussino, Robinsons dan Parksons memiliki tuala gebu kualiti tertinggi.

 

Langsir

 

See also
Rahsia Kecantikan Nora Danish

Gantungkan langsir fabrik linen atau kapas nipis menggantikan bidai atau tirai mudah alih di jendela agar wajah kamar lebih damai dan lembut. Gantungan langsir di jendela mampu membangkit mood romantis selain mengawal aliran cahaya masuk.

 

Lilin

 

Ini adalah terapi paling mudah buat mengubati jiwa dan tubuh! Apungkan lilin beraroma mengikut citarasa peribadi agar semerbak harum melayangkan segala gundah-gulana. Dyptique, Tom Dixon dan Designers Guild antara jenama pilihan.

 

Bunga

 

Ini adalah cara paling mudah untuk mendapatkan instant glamor di kediaman! terutama apabila merai tetamu. Hanya aturkan sahaja di dalam pasu kaca dan aroma semerbak bunga segar menemani sepanjang acara berlangsung. Pilihan bunga eustoma, peonies dan hydrageas untuk aura romantis elegan.