Bicara Deko - Commune Berkongsi Idea Kediaman Vintaj Moden - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

Bicara Deko – Commune Berkongsi Idea Kediaman Vintaj Moden

 

Bicara bersama Pengarah Reka Bentuk Commune, Julian Koh berkongsi idea dalam mencipta ruang kediaman bergaya vintaj moden.

 

Himpunan Koleksi Bruno di bawah jenama Commune - gabungan meja kopi yang dipadankan bersama sofa Geormani 

 

1. Boleh kongsikan bersama kami mengenai kelebihan produk bergaya vintaj dan apakah ciri-cirinya?

 

Terdapat 'kekuatan' yang masih kekal bahawa barang-barang vintaj masih memegang keseluruhan era, dengan cara membangkitkan nostalgia ‘good old times' dan meminjamkan aura keaslian. Sebenarnya, vintaj adalah paduan dua gaya - merangkumi abad moden pertengahan dan era Art Deco di mana ia terus kekal popular kerana menekankan rekaan objek yang bersifat abadi. Perabot ciri sebegini tampil segar dan bergaya di ruang kediaman, malah boleh disuaipadan bersama sentuhan moden hari ini.

 

2. Apakah koleksi produk bergaya vintaj yang diperkenalkan di bawah jenama Commune?

 

Generasi kini - terutamanya generasi Millenial, lebih menumpukan kepada keaslian kerja tangan  dan kredibiliti sejarah dalam semua yang mereka miliki, yakni dapat diterjemahkan dengan mudah melalui kecantikan ira kayu yang abadi. Keinginan untuk mencipta keindahan dunia analog yang menekankan kerja tangan, keghairahan dan perincian, adalah tindak balas kepada dunia yang pantas dan semakin digital.

 

Koleksi perabot Bruno yang diilhamkan untuk Commune ini diinspirasikan dari faktor tersebut. Ia menampilkan permukaan rustik dari kayu akasia yang siap dibina di dalam pola herringbone klasik, digabungkan bersama tembaga lama. Berbekalkan elemen vintaj moden, koleksi ini direka untuk individu yang menghargai kecanggihan dan keanggunan dunia lama di zaman moden.

 

3. Dalam menghasilkan produk berciri art deco, adakah terdapat gaya atau elemen berbeza yang diadun bersama dalam penghasilan produk ?

 

Koleksi Bruno menggabungkan dua gaya, yakni  rustik dan urban tropika. Saya ingin mencipta koleksi yang menyuntik rasa sofistikated, dengan sentuhan tropika dalam ruang hidup bandar - melalui penggunaan kayu akasia tropika. Saya mengambil inspirasi dari warisan penjajahan British, terutamanya dari bahan mewah yang dikumpul ketika pelayaran, penjelajahan, ekspedisi dan perjalanan yang turut diambil semasa tempoh penjajahan.

 

Ini menghasilkan koleksi yang meraikan unsur-unsur Art Deco dengan aplikasi gaya moden, melalui paten herringbone yang tersendiri. Reka bentuk visual terperinci di dalam koleksi ini menambah kecanggihan dan elemen nostalgia yang menarik. Perincian tembaga dengan kemasan antik kekuningan digabungkan bersama kayu akasia hitam, memberikan rasa kontras dengan nilai estetika yang menyenangkan pandangan. Kayu akasia dipilih secara khusus untuk menyediakan koleksi perabot dengan rupa yang dikehendaki. Kekuatan ira kayu asli menambah karakter kepada setiap rekaan produk, menjadikan setiap bahagian berbeza dan unik buat pemilik yang berani tampil dengan gaya berbeza.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Meja konsol Bruno tampil menarik menghias ruang sudut