#StayHomeWithGD: Berapa Lama Virus Covid-19 Bertahan Pada Baju?
Dengan ancaman COVID-19, novel coronavirus yang kini merebak ke seluruh dunia, ramai yang mula mengambil langkah berjaga-jaga termasuk membersihkan permukaan yang menyeluruh, mencuci tangan selama 20 saat, dan mengelak tempat yang sesak. Namun ada satu lagi perkara yang mungkin tidak boleh diabaikan iaitu ketika membasuh pakaian anda.
Pakar kini mengatakan bahawa coronavirus boleh hidup pada pakaian selama sekurang-kurangnya beberapa jam atau sehingga beberapa hari, menurut TODAY. Walaupun coronavirus berlangsung paling lama di permukaan keras, tidak berliang seperti keluli tahan karat, virus itu pasti dapat bertahan pada permukaan lembut seperti pakaian dan selimut.
0 Comments