Bentuk Gaya Praktikal

Bentuk Gaya Praktikal

Living room with sofa and blue wall, interior design

Gambar: Ingimage

 
Bijak membuat percaturan berpandukan keluasan ruang sedia ada. Sama ada keluasan terhad, atau luas, seiringkan gaya dan praktikal membentuk persekitaran yang indah dan selesa.
 
Tip Menghias:
 
Susun Atur
Bagi ruang terhad, wujudkan ruang penstoran untuk memastikan ruang sentiasa teratur dan tidak terlihat berserabut. Anda boleh mempertimbangkan konsep modular yang turut bertindak sebagai elemen hiasan.
 
Warna
Ambil perhatian penting dalam memilih warna. Jangan terlalu leka dengan warna idaman sehingga mengabaikan kesesuaian dengan ruang sedia ada. Tentukan konsep terlebih dahulu kemudian pilih warna yang bersesuaian.
 
Perabot
Elakkan memilih set perabot (3+2+1) kerana akan menyesakkan ruang. Sebaiknya pilih perabot multifungsi atau beroda untuk memudahkan proses mengubah kedudukan bila perlu.
 
Aksesori
Usah hadirkan aksesori yang keterlaluan sama ada dari segi atau kuantiti. Utamakan nilai harmoni dalam ruang.
 
Fabrik
Amat perlu melembutkan suasana ruang yang kaku. Namun, jangan keterlaluan memilih motif atau paten yang pelbagai kerana akan menyesakkan permandangan keseluruhan ruang.
 
Cahaya
Tidak salah jika anda berbelanja sedikit untuk pencahayaan kerana di sinilah karakter sesebuah ruang  akan lebih menonjol, selain ‘menghidupkan mood ruang.
 
 

See also
Kasut Parti La Pausa Tarikan Menawan Chanel Cruise 2019