Aliran Fesyen ke Hiasan Dalaman (Kemasan Lembut) - Glam Malaysia

Aliran Fesyen ke Hiasan Dalaman (Kemasan Lembut)

Dari Fesyen ke Hiasan Dalaman (Kemasan Lembut)

 

Hubungan antara aliran dunia fesyen dan dunia hiasan dalaman amatlah rapat. Mereka saling mempengaruhi dan bertukar idea dalam menghasilkan koleksi terbaru mengikut gaya dan inspirasi. Di sini kami bariskan beberapa jenama yang telah mengembangkan sayap mereka dari jenama fesyen terkenal dengan menghasilkan helaian-helaian mewah bergaya kepada mencipta ruang kediaman yang menawan. Rekaan fabrik yang sememangnya sinonim dengan dunia fesyen diolah untuk kegunaan kediaman tanpa meminggirkan identiti asal jenama selain percambahan kepada kertas dinding sebagai ‘busana’ di ruang kediaman.

 

Christian Lacroix

Koleksi musim Bungs/ Panas ’15, Christian Lacroix boleh didapati di Janine.

 

Christian Lacroix

Jenama ini bermula sekitar tahun 1987 di Paris oleh pemiliknya sendiri yang bertindak sebagai pereka yakni Christian Lacroix. Dikenali dengan rekaan adibusana, dia turut menghasilkan seleksi pakaian sedia pakai, aksesoriĀ  dan beberapa jenis barangan fesyen lain. Sekitar tahun 2011, dia menjalinkan kerjasama dengan jenama hiasan dalaman terkenal Designers Guild dalam menghasilkan kemasan lembut berasaskan fabrik dan kertas dinding. Koleksi ini meraikan inspirasi, kekayaan warisan dan kreativiti jenama ini sendiri. Warna-warna terang, tekstur mewah seperti baldu, cetakan mempersona terus menghangatkan musim yang silih berganti di bawah kolaborasi ini.

See also
Raikan Aidilfitri Bersama GLAM x Dior Lebaran Raya Part 2

 

 

Cole&Son - Vivienne Westwood - Roomshot Union Jack

Cole & Son membawakan seleksi rekaan Vivienne Westwood yang boleh dipilih di Goodrich Wallpaper

 

Vivienne Westwood

Pereka ini sentiasa menggegarkan pentas peragaannya dengan rekaan yang tersendiri, quirky dan dijalin elemen punk. Namun ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana dia berasal dari Britain dan menjadikan ia budaya yang popular di sini. Pereka kini hadir dengan koleksi kertas dinding yang membawakan elemennya di bawah jenama Cole & Son. Rekaan yang dibawakan adalah berdasarkan gaya signatur pereka ini seperti tartan dan cetakan bendera Union Jack.

 

Kertas dinding Roberto Cavalli

Rangkaian kertas dinding Roberto Cavalli merupakan tafsiran langsung dari salah satu rekaan busananya.

 

Roberto Cavalli

Flamboyant sememangnya kata-kata yang menerangkan personaliti pereka berasal daripada Itali ini. Dengan falsalfah mahukan perubahan dari warna suram yang menjadi latar utama dekorasi kediaman, dia mahu melihat lebih banyak kediaman yang hadir dengan rona terang dan ceria. Tidak dilupakan cetakan haiwan yang menjadi identitinya terus dikekalkan sebagai lambang kemewahan pemilik kediaman yang memilih rangkaian Roberto Cavalli Home.

See also
GLAM 101: Doll House