8 Persediaan Merai Tetamu - Glam Malaysia

8 Persediaan Merai Tetamu

dg3977ls2

Kertas dinding Winter Palace, Designers Guild. Ada di Janine, BSC & Great Eastern Mall.

 

  1. First Impression

It’s time for spring clean! Tentunya anda mahukan yang terbaik, sebaik kaki tetamu melangkah masuk ke kediaman. Simpan segala barangan ekstra yang tidak berkenaan di stor atau ruang penyimpanan. Buang yang tidak perlu, lap habuk pada setiap permukaan meja kopi, kabinet dan koleksi perhiasan kaca. Jika mahukan dimensi baru tanpa melibatkan kos, ubah reka letak perabot sedia ada.

 

Dives04Sofa Dives, B&B Italia, Space Furniture. The Intermark.

 

2. Extra Seats (5 jenis sofa dan bangku pilihan)

“Jangan ralat menerima tetamu kejutan, sentiasa bersedia dan sambut dengan mesra. There’s always space for everyone,” kata pereka, Kelli Ford dan Kirsten Fitzgibbons. Cuba seksyenkan setiap ruang duduk untuk mencipta ilusi ruang lebih luas dan pandangan tidak sesak. Sofa berbentuk L memberi lebih ruang duduk di kamar tamu utama.

 

See also
Trend - Memori Monokrom Omar Khan

Designer_s-GuildRekaan kusyen corak floral pastel, Designers Guild.

3. Kusyen

Pereka, Sarah Richardson menghidupkan ruang santai menerusi susun atur kusyen bermacam bentuk dan motif fabrik. Dia memilih fabrik musim panas yang bersifat ringan seperti linen dan kapas untuk gaya kasual. Fabrik baldu dalam warna kelam gelita; marun, biru gelap membias mood mewah.

 

Colorful-orbs-above-the-dining-table-breathe-life-into-the-curated-contemporary-dining-room

Lampu siling berbentuk loket Kristal warna-warni. Gambar : decoist.com

 

4. Cahaya                                                                                        

Cetuskan ambien dan mood elegan romantis menerusi mainan cahaya lampu-lampu. Pereka, Emily Eerdmans mengatakan mood tuan rumah menetapkan nada ritma atmosfera majlis. Malapkan sinaran lampu di ruang tamu apabila tetamu tiba. Dan, kembalikan pancaran gemilang di meja makan agar atmosfera menjadi riuh dan mesra.

 

ww-hp-butterfly-bloom

Koleksi Butterfly Bloom, Wegwood. Ada di WWRD, Bangsar Village II.

 

5. Dinnerware

Jangan sesekali menghidangkan tetamu dengan set pinggan dan kutleri plastik. So not stylish! Masa inilah, anda mengeluarkan seluruh koleksi porselin Chinaware yang terperuk dalam almari itu. Susun kesemua set pinggan dan kutleri mengikut tata cara meja makan yang betul. Basuh dan lap set pinggan mangkuk sebelum menghidang. Pastikan tiada kesan retak atau sumbing.

See also
Trend: Gabungan Stripes dan Polka Dot ala Emma Stone

 

Jo-Malone-English-Pear-Freesia-Diffuser-Review

Rangkaian wangian tubuh dan kediaman daripada Jo Malone. Butik Jo Malone, Pavilion.

 

6. Aroma Segar

Apungan nota bunga-bungaan atau kayu-kayan mewah menemani sepanjang keraian berlangsung bisa menyuntik damai di sanubari. Ramuan bauan bunga ylang-ylang, lili, lavender dan sitrus berkuasa menebar sensasi romantis. Nyalakan lilin beraroma pilihan atau pewangi diffuser di ruang tamu, rumah makan dan kamar kecil.

 

marble-bathroom-designs-to-inspire-you-1

Reka bentuk kamar mandi marmar oleh  Maison Valentina

 

7. Kamar Kecil

Kering, kering dan kering. Ruang ini harus sentiasa dalam keadaan kering dan selesa. Sediakan dua hingga tiga helai alas kaki lebih untuk ditukar apabila alas kaki sudah lencun. Kosongkan bakul sampah sebelum tetamu tiba. Jangan lupa isi bekas sabun tangan, sebaiknya gunakan sabun jenis cecair – mengurangkan penyebaran bakteria.

 

cointreau_la_maison_bar_amagansett_summer_dinner_party_cocktails_entertaining_inspiration_chef_jeff_schwarz_tablescape_outdoor_setting_flowers_herbs_

Gambar : Google

 

8. Outdoor Theme Party

Tatahias meja kayu dengan lapik alas meja linen putih ditemani taburan kusyen-kusyen kecil warna-warna pastel. Gunakan kerusi chiavari lutsinar atau kerusi rotan. Gubah bunga musim panas atau buah-buahan tropika sebagai centrepiece. Hidangan minuman koktel buah sitrus sejuk, salad hijau segar, manisan ringan, menyempurnakan keraian intim di landskap luar.

See also
Serum Air Aesop Sesuai Untuk Kulit Asia