5 Restoran & Kafe Mesti Lawati Di Bali - Glam Malaysia

5 Restoran & Kafe Mesti Lawati Di Bali

9934282_orig

  1. Seniman Coffee Studio

Seniman Coffee Studio diusahakan oleh pencinta kopi tegar, Rodney Glick bersama teman baiknya, pereka industrial, David Sullivan. Seniman Coffee Studio menyajikan kopi kraf bersifat kitar semula, organik dan ekologi. Lihat sendiri kopi di bru segar menggunakan teknik Syphon, Pour Over drip, Aeropress, dan Cafetiere di bar espresso berkonsepkan vintaj Itali bersemi moden terbuka. Seniman Coffee Studio terletak di Jalan Sriwedari, hanya beberapa langkah dari jalan utama, Jalan Raya Ubud dan Restoran Nomad.

 

dalam%20siang%203

2. Warung Pulau Kelapa

Nikmati hidangan menu autentik Indonesia asli, segar, sihat dan enak tanpa sebarang perasa tambahan! Segala sayur-sayuran dan herba dipetik terus dari kebun organik belakang restoran. Membias suasana rumah tradisional Jawa, Warung Pulau Kelapa dibina daripada kayu jati lama rumah kampung dari awal abad ke-20. Warung Pulau Kelapa hanya 10 minit pemanduan dari pusat Ubud.

 

bali_cafe__handsome_citizens

3. Cafe Bali

Salah satu lokasi sarapan terkenal di Seminyak, Cafe Bali mengangkat konsep Joglo kayu. Dilatari nada putih bersih, Cafe Bali menyampaikan rasa ekletik bercampur tradisional dalam nafas maghribi. Cafe Bali menghidangkan kombinasi rasa Eropah dan Asia yakni popia Vietnam, telur Florentine bersama ikan salmon salai, Dutch kroket dan tidak ketinggalan menu identiti, labu gnocchi. Cafe Bali di Jalan Oberoi, Seminyak.

See also
Rahsia Awet Muda: Dr. Alice Prethima Michael

 

mozaic

4. Mozaic

Diketuai Chef Salans, Mozaic mempersembahkan keharmonian simfoni, turutan warna, dan perisa hidangan mewah dalam suasana tropika subur. Merangkumi kualiti, pelaksanaan, kepelbagaian rasa dan perkhidmatan servis sempurna mana mungkin disangkal akal. Mozaic adalah satu-satunya restoran di Asia Tenggara yang dipilih oleh Tradition Traditions & Qualité sebagai salah satu Les Grandes du Monde Jadual (Great Tables of the World) dan satu-satunya restoran di Indonesia yang dinobatkan 100 World’s Best dalam San Pellegrino Guide. Menu Mozaic sentiasa berubah-ubah berkembang, selaras permintaan pasaran.

 

8185105606_5a062feebb_z

5. Khaima

Berada di tengah-tengah denyutan jantung Bali, Jalan Oberoi, Seminyak, Khaima diusahakan pasangan dari Belgian dan Morocco. Disini, anda seolah-olah berada di dalam khemah Bedouin atau Caravansary daripada pepohon buluh yang terdampar di tengah-tengah padang pasir. Apabila cuaca elok, atap bumbung akan dibuka membolehkan pengunjung melihat sendiri gemerlapan cahaya penghuni cakerawala. Setiap sajian dipercikkan rasa orang Mahgribi bermula daripada kebab shish, falafel, kuskus, hummus, dan ajnas pemanis mulut.

See also
Kediaman - Warisan Tommy Hilfiger