GLAM DEKO: The Fine Touch - Page 2 of 5 - Glam Malaysia
GLAM DEKO: The Fine Touch

GLAM DEKO: The Fine Touch

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

OMAR KHAN RUGS

Dilahirkan di Singapura dan menetap di Kuala Lumpur, latar belakang budayanya yang pelbagai menjadikan sumber inspirasi kaya dengan estetiknya untuk semua rekaan yang dipersembahkan. Omar sering merujuk simbol kuno dan motif sejarah langsung menyusunnya semula melalui abstraksi moden dan palet warna kontemporari. Lulusan New York’s Parsons School of Design ini menggunakan kepakarannya dalam reka bentuk perabot, reka bentuk dalaman, dan ilustrasi untuk mengembangkan permaidani yang dibezakan oleh komposisi menarik dan indah. Masing-masing menggabungkan bahan sebelumnya dengan teknik artisanal untuk melahirkan reka bentuk indah untuk kehidupan. Antara ilham garapan Omar ada dipamerkan di The Landmark Sales Gallery, Yangon, Myanmar, St Regis, Maldives, Christian Louboutin Flagship, Singapore dan banyak lagi di omarkhanrugs.com.