GLAM Junior: Kendamil Pilihan Intan Najuwa Dan Ini Alternatif Susu Formula Organik 2025
Tiada yang lebih berharga daripada susu ibu. Namun, jika anda memerlukan alternatif, berikut adalah 5 pilihan susu formula organik 2025 yang disyorkan oleh GLAM Junior.

Ramai ibu beralih kepada susu formula organik kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi tanpa bahan kimia berbahaya, pestisid, hormon pertumbuhan tiruan dan bahan pengubahsuai genetik (GMO), memberikan pilihan yang lebih selamat dan sihat untuk si kecil. Formula organik juga biasanya mengandungi nutrien penting seperti DHA dan ARA untuk perkembangan otak, prebiotik untuk kesihatan sistem penghadaman, serta diperbuat daripada susu lembu yang makan rumput secara semula jadi yang menghasilkan kualiti susu yang lebih tinggi. Selain itu, susu formula organik melalui proses kawalan kualiti yang ketat dan pensijilan organik yang memastikan tiada bahan pengawet berbahaya, pewarna tiruan, atau perisa sintetik yang boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangan bayi.
5 SUSU FORMULA ORGANIK 2025 UNTUK BAYI 0-12 BULAN
1.KENDAMIL ORGANIC INFANT FORMULA
Kendamil mempunyai senarai ramuan yang cukup baik dalam formula susu penuh mereka. Ini masuk akal kerana ia dihasilkan di United Kingdom yang mempunyai piawaian yang lebih tinggi dalam bidang ini berbanding Amerika Syarikat. Diperbuat daripada susu lembu yang makan rumput, ia bebas daripada banyak bahan yang tidak baik dan nampaknya mempunyai ramuan positif yang dicari. Kendamil Organic mengandungi 22 mg DHA Omega-3 setiap 100 kcal, ditambah dengan Human Milk Oligosaccharides (HMOs yang wujud secara semula jadi dalam susu ibu) dan galacto-oligosaccharides (GOS). Kandungan ini membantu dalam beberapa perkara termasuk sokongan imun dan penghadaman yang lebih sihat.

Jika anda mahukan formula yang diperbuat daripada bahan organik, kami mengesyorkan Kendamil Organic Infant Formula. Ia antara formula organik yang paling murah yang kami temui dengan laktosa sebagai satu-satunya karbohidrat, dan ia mengandungi susu penuh sebagai tambahan kepada susu tanpa lemak. Beberapa bukti menunjukkan bahawa membran globul lemak susu (MFGM) yang terdapat secara semula jadi dalam susu penuh mungkin bermanfaat. Harga dalam pasaran RM149.90 untuk 800g.
Tidak dijual secara rasmi di Malaysia, namun boleh beli secara online di Kendamil Singapore
2. BELLAMY’S ORGANIC
Susu Bellamy untuk bayi kembung perut dan bayi cerewet mempunyai lebih banyak kandungan protein whey untuk membantu penghadaman, mengurangkan masalah cerewet dan membantu bayi yang menangis lama kerana kembung perut. Ia berasal dari lembu yang tidak mempunyai hormon pertumbuhan, oleh itu susu mereka juga tiada hormon pertumbuhan. Susu ini berasal dari lembu yang memakan rumput tanpa baja sintetik atau racun perosak, tiada bahan GMO, 100% organik dan susu dari Australia.

Boleh di beli di farmasi terpilih, kedai barangan bayi terpilih atau pasaraya terpilih. Semak senarai di SINI. Harga dalam pasaran RM152.00 untuk 900g.
3.HIPP BILAC
Dengan pengalaman dalam industri selama lebih 120 tahun, susu formula ini menjadi penanda aras kualiti susu organik terbaik untuk si manja anda. Ia bebas GMO, bebas racun sintetik dan bebas perasa tambahan. Formula ini diperkayakan dengan 100% laktosa organik asli dan dilengkapi dengan prebiotik GOS organik untuk bakteria usus yang sihat. Ia juga mengandungi DHA dan ARA yang disyorkan pakar untuk perkembangan otak dan mata.

Boleh di beli di farmasi terpilih, kedai barangan bayi terpilih atau pasaraya terpilih. Semak senarai di SINI. Harga dalam pasaran RM119.90 untuk 900g
4. BUBS ORGANIC GRASS FED
Bubs Baby Organic Grass Fed Stage 2 Follow-On Formula diformulasikan secara eksklusif untuk perut kecil berumur 6 hingga 12 bulan. Piawaian yang sangat tinggi memastikan keselamatan, kualiti, ketulenan dan nutrisi, memberikan ketenangan minda kepada ibu bapa dan permulaan hidup yang bahagia untuk bayi. Di Bubs sangat peka dengan penjagaan kesihatan perut yang sihat untuk si kecil anda. Bubs Baby Organic Grass Fed Stage 2 Follow-On Formula diperbuat dengan susu organik dari lembu grass-fed seimbang dari segi nutrisi dan bebas dari GMO. Dengan pensijilan organik berganda, rangkaian formula Bubs berasal dari alam semula jadi, bebas dari GMO, dan bebas dari bahan kimia berbahaya, pengawet dan racun perosak.

Boleh di beli di farmasi terpilih, kedai barangan bayi terpilih atau pasaraya terpilih. Semak senarai di SINI atau secara online di bubsmalaysia.com Harga dalam pasaran RM139.00 untuk 800g
5. BOBBIE ORGANIC
Susu Formula Bobbie’s Organic Grass-fed Whole Milk untuk bayi dibuat dengan bahan premium untuk menyokong keperluan nutrisi bayi anda dari hari pertama. Diperbuat dengan susu penuh organik dari lembu makan rumput, formula kami menawarkan nutrien penting, protein, dan lemak sihat dengan minyak yang lebih sedikit yang meniru susu ibu untuk memupuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda. Bobbie komited untuk menyediakan formula yang bersih, lengkap, dan seimbang yang lembut pada perut kecil, menyokong najis yang lebih lembut. Laktosa membolehkan kami meninggalkan bahan tambahan tiruan seperti sirap jagung atau minyak kelapa sawit. Formula organik kami adalah bukan GMO, memastikan bayi anda mendapat yang terbaik sahaja.

Tidak dijual secara rasmi di Malaysia, namun boleh beli secara online di Bobbie
Peringatan untuk ibu:
Berunding dengan doktor atau profesional penjagaan kesihatan anda untuk mendapatkan nasihat sebelum menggunakan formula untuk memberi makan bayi anda. Anda juga harus mempertimbangkan implikasi sosial dan kewangan sebelum memutuskan untuk menggunakan susu formula bayi.
Artikel berkaitan GLAM JUNIOR: Tyara Penyeri Hidup Tyra Kamaruzzaman & Emran
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

