10 Hairstylist Selebriti Pilihan Pengantin 2025
Tidak lengkap keseluruhan gaya tanpa dandanan rambut yang cantik lagi menawan. Ini 10 Hairstylist selebriti paling dicari-cari pengantin 2025.
Jika zaman 10 tahun yang lalu, mak andam individu utama yang akan menyiapkan pengantin di hari berbahagia. Dialah menyolek dan dia jugalah yang mendandan rambut pengantin. Kini, segalanya mudah semuanya berasingan. Jurusolek dan jurudandan (hairstylist) masing-masing punya tangunggjawab. GLAM anggap ianya bukan sahaja menjimatkan masa malah artis ini akan lebih berkarya kreatif untuk menaikkan lagi aura seri pengantin. Ayuh, kita lihat siapakah 10 Hairstylist selebriti yang dicari-cari dan masih releven hingga hari ini.
1. CKAY LIOW
Penyandang Best Hairstylist of the Year 2023 di KLFA ini terus menjadi pilihan nombor 1 buat bakal pengantin dan juga barisan sosialit, selebriti terkenal. Kemahirannya dalam menata gaya rambut mengikut kreativiti tidak perlu disangkal lagi. Baru-baru ini, Ckay menampilkan idea kreatif gaya dandanan rambut seperti simpulan riben buat pengantin selebriti, Eyka Farhana di hari pernikahannya.
2. YUSOF RUZAIMI
Antara hairstylist melayu yang menjadi kegemaran ramai kerana kekemasan cara dia mendandan rambut. Jika anda inginkan sanggul kemas dan rapi, Yusof patut anda booking! Dia juga merupakan hairstylist pilihan para selebriti terkenal seperti Dayang Nurfaizah dan Marsha Milan Londoh.
3. JUNO KO
Dipilih sebagai Dyson Styling Ambassador, Juno antara hairstylist yang terkenal dengan gaya dandanan kreatif dan rapi. Bagi sahaja, reference rambut pasti Juno akan melaksananya dengan berjaya. Juno juga sangat dikenali dalam kalangan klien melayu seperti selebriti dan sosialit.
4. CODY CHUA
Juga diangkat sebagai Best Hairstylist of the year 2024 di KLFA menjadi pilihan utama Ameera Khan. Di mana Ameera berada di situ ada Cody Chua! Cody juga turut menjadi pilihan pengantin lelaki untuk gaya dandanan rambut tersendiri.
5. KEITH STYLING
Keunikan gaya kreatif dandanannya tidak perlu diperkatakan lagi. Unik dan tersendiri! Keith juga menjadi pilihan selebriti yang dikenali seperti Daiyan Trisha.
6. BIBIAN FREDERICKS
Antara hairstylist wanita yang masih relevan dalam industri. Bibian namanya sudah lama dan sangat dikenali dalam kalangan editorial. Bibian juga menjadi pilihan barisan sosialit kala menyiapkan mereka di hari bahagia.

7. HAMIDI JAMILI
Hamidi antara menjadi pilihan popular dalam kalangan bakal pengantin di Malaysia. Terkenal dengan ketelitian dan kesempurnaan dalam setiap sentuhan pengayaan rambut. Selebriti terkenal Sherry Al- Hadad antara klien utamanya, malah grooming untuk lelaki dia antara yang menjadi pilihan.
8. HAIRBYLALA
Hairstylist selebriti yang juga menjadi pilihan popular bakal pengantin dan juga editorial. Terkenal dengan ilham kreatif dandanan sanggul bersama cucuk sanggul klasik.
9. EDVIDKWA
Jika anda gemarkan gaya rambut yang ringkas dan bersahaja, Edvidkwa pilihan yang tepat! Kepakarannya buat rambut beralun kemas, sanggul yang pelbagai ilham turut menjadi pilihan kliennya.
10. MAY WOO
Jurusolek dan juga hairstylist selebriti ini sangat terkenal dalam kalangan selebriti dan personaliti pempengaruh. Yaya Zahir antara individu yang mengangkat namanya di persada seni. May Woo juga hairstylist yang bertanggungjawab menyempurnakan rambut aktres Mimi Lana di hari persandingannya.
Artikel berkaitan 10 Jurusolek Selebriti Paling Dicari Pengantin 2025
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

