Tip Makan Angin Di Paris

Tip Makan Angin Di Paris

CameliaCamelia di Paris.

 
Paris kota idaman sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tanya sahaja mahu berbulan madu di mana, sudah tentu kota cinta Paris. Dengan kelebihan bandarnya yang kecil, anda boleh menikmati keindahan kota ini dengan sepuas-puasnya. Daripada menghirup kopi di kafe yang begitu cosy sehinggalah melawati butik membeli-belah terkemuka di sini, semuanya anda nikmati dengan hanya berjalan kaki. Pelbagai hotel boleh ditemui di sini sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahu ke Paris. Reka bentuk hotelnya dari yang mewah sehingga ke classical, semua boleh dijumpai di sini. Jika anda ingin merasa makanan yang sedap tiada tandingan, dari restoran kecil ke bistro sehingga ke yang bertaraf antarabangsa, anda pasti tidak menyesal!
 
Hotel
Le Meurice, yang terletak berhadapan Tuileries Garden, bersebelahan Place de la Concorde dan berdekatan dengan The Lourve ini adalah antara hotel yang termewah di Paris. Yannick Alleno, kehebatan seorang pencipta menu masakan di restoran Le Meurice ini telah dianugerahkan Michellin sebanyak tiga bintang. Hotel yang diubah suai oleh Phillippe Starck dan anak perempuannya, Ara mempunyai 160 buah bilik dan suites. Yang paling menarik, di sini juga terdapat sebuah suite digelar Belle Etoile yang menggunakan keseluruhan tingkat tujuh hotel tersebut dan mempunyai 360 darjah sisi pemandangan yang boleh dilihat di seluruh Paris. Walaupun servis yang diberikan oleh hotel agak begitu formal namun ia tidak langsung menganggu mood percutian anda. Antara tetamu kehormat yang pernah menginap di hotel ini ialah Alphonse XIII of Spain, Queen Victoria dan Salvador Dali.
 
Makan
Bukan sahaja menambat hati ramai pencinta fesyen, namun kini The Hotel Plaza Athenee juga sudah menjadi tempat kesukaan penggemar makanan. Chef yang cukup gah namanya, Alain Ducasse telah mengubahsuai kawasan rumahnya untuk dijadikan restoran yang dinamakan dengan namanya sendiri. Susun atur dan dekorasi mewah milik restoran itu telah dilakukan oleh seorang pereka muda, Patrick Jouin. Antara menu yang disajikan adalah seperti, crayfish with girolles mushrooms, beef Rossini dan juga lobster curry.
 
Kunjung
Selatan Sungai Seine juga dikenali sebagai The Left Bank (Rive Gouche) amat sinonim dengan memori di zaman awal abad ke-20 dimana para artis, penulis, dan bangsawan seperti Henri Matisse, Jean-Paul Sartre dan Ernest Hemingway adalah di antara mereka yang menikmati budaya Bohemian pada ketika itu. Jangan lupa untuk melawat Latin Quater! Sesiapa yang meminati seni Impressionist, haruslah melawat Musee d’Orsay dan Musee Rodin di sana supaya anda tidak melepaskan meluang untuk melihat lukisan-lukisan terkenal dunia di sana!
 
 

See also
Kurus Cara Carey Ng