Nobu Kuala Lumpur, tidak memerlukan pengenalan pabila meraih reputasi sebagai restoran Jepun mewah seantero dunia. Dan sebagai menggandakan lagi keseronokan menikmati masakan Jepun, Nobu Kuala Lumpur hadir dengan menu baru bertemakan ‘Nobu Crossing Borders’ bersempena meraikan ikatan persahabatan yang dijalinkan oleh empat chef iaitu Chef Mark Edwards (Chef Ketua Eksekutif Nobu London & Nobu Berkeley ST), Chef Philip Leong (Chef Eksekutif Nobu KL), Chef Hideki Maeda (Ketua Chef dari Nobu London) dan Chef Micheole Chico Anung Dator (Chef Sushi Ketua Nobu KL). Berlangsung selama tiga hari pada 19 September hingga 21 September, anda berpeluang merasai sendiri gabungan air tangan mereka dan peluang bergaul bersama para chef acara eksklusif.
[envira-gallery id=”83332″]
Menu signatur yang akan dihidangkan adalah santapan kontra panas dan sejuk, iaitu Sea Bream Tataki on Chicory, Soy Salt dan Yuzu, Hiramasa Confit dengan Yuzu Wasabi Salsa dan Smoked Miyazaki Wagyu dengan Yuba Cream dan dipadankan dengan Nobu Style Ice Kacang sebagai pencuci mulut.
Santapan ͚’Nobu Crossing Border’ Omakase akan berharga RM650 ++ untuk seorang. Selain dari menu signatur, anda juga boleh mencuba menu yang disediakan oleh chef Osusume yang bermula dari RM55 ++ untuk seorang. Mesti cuba, menu Wagyu Shabu Shabu Salad dengan Goma Truffle Dressing, Salmon dengan Asian Pear dan Dry Miso, serta Pan Seared Foei Gras & Unagi dengan Blueberry Monk Fruit Sauce yang sudah pasti akan menambat selera anda.