Retorik : So Fashion, So Now - oleh Alia Bastamam

Retorik: So Fashion, So Now

crop alia

 

Saya masih ingat lagi sewaktu ‘young, posh and broke’ yang mana ketika itu tiada Topshop dan style.com. Ada masanya kita harus membayangkan secara visual dan memahami apa yang diinginkan mengikut konsep lakaran dengan curahan idea kreatif dan kreativiti sendiri. Jika tidak ia akan jadi sebaliknya.

 

Apabila jalur lebar internet semakin pantas, ia menjadi titik rujukan bagi fesyen, daripada Livejournals ke Tumblrs, kemudian kemunculan jurugambar fesyen jalanan seperti The Sartorialist dan Ton Tommy. Menggemparkan apabila seorang blogger berusia 14 tahun hadir dan duduk barisan hadapan pada minggu fesyen. Walaupun ia merupakan cerita lama tapi masih diperkatakan. Landasan dunia fesyen bergerak dengan pantas, dan semuanya kerana dunia internet dan media sosial yang dicipta bersama.

 

Saya tidak merunggut, malah teruja apabila perkembangan fesyen turut seiring dengan media sosial dan teknologi terkini yang semakin menakjubkan! Setiap hari, jari jemari ini leka menekan skrin sesentuh iPad untuk mengikuti perjalanan pementasan fesyen terkini di Pinterest juga Instagram. Tidak dinafikan segala maklumat hanya di hujung jari dan ia menjadi satu kepentingan bagi setiap individu. Dek kerana itu, kelompok fesyen semakin bertambah saban hari. Everyone can be fashionable. 

 

See also
Hasil Seni John Galliano Buat Dior Diabadikan!

Ia adalah sesuatu perkara yang indah mengenai perkembangan aliran fesyen. Tetapi era fesyen tidak akan bertahan lama. Contohnya, pada tahun 1920-an, 60-an dan 90-an, kini musim ke musim. Jika anda lihat busana Marc Jacobs di pentas peragaan secara langsung, tidak mustahil ia akan berada di atas rak di kedai berjenama high-street dalam beberapa minggu kemudian. Seterusnya, mungkin di sekitar jalan-jalan di Kuala Lumpur, sama kes seperti peplum. Ia sangat cepat!

 

Trends zoom by so fast, and there’s so much information coming from so many outlets. Bagaimana anda mengejarnya? Dan terlalu banyak yang perlu dikejarkannya?

 

Sebagai seorang pembeli, pencinta fesyen dan pereka fesyen, saya sentiasa melihat kembali dekad lalu untuk mendapatkan inspirasi dan pengaruh. Semuanya seolah-olah masih relevan. Saya sukakan kesederhanaan, nada gaya tahun 20-an, aliran 60-an, 70-an serta 80-an. Tayangan filem lama Hollywood sentiasa menjadi sebagai estetik peribadi dan reka bentuk. Saya mencedok sedikit sebanyak idea untuk direka dalam nafas baru.

See also
Kembara Rising East Bersama Japan Airlines

 

Apabila anda terfikir mengenai bagaimana bertahannya fashion statement dan pieces ia adalah kerana timelessness. Ia masih kelihatan hebat sama seperti dahulu. Ada sebab mengapa setiap helaian klasik yang berada dalam gerobok anda bertahan lama. Contohnya, baju putih, skirt hitam, jaket kashmir, sepasang seluar, nude pump, clutch, cincin berlian dan dress koktel. Kesemua ini boleh dipadankan dengan apa sahaja helaian trend bermusim atau sesuatu yang anda minat. Jadi, give the look mengikut gaya signature individu anda. Kemudian, anda akan berasa lebih yakin kerana ia menterjemahkan gaya peribadi anda.

 

Saya suka melihat begitu ramai yang menjadi fashionable. Kini, saya lebih memahami cita rasa orang kota. Jelas ingin saya perkatakan di sini, bahawa ramai orang di luar sana suka bereksperimen dengan trend baru. Tidak kira sama ada chic look, clean, minimal, estetik atau ‘more is more approach‘, fesyen sememangnya cukup berpengaruh. Ia berada di mana-mana saja. Semua orang begitu dipengaruhi oleh fesyen masa kini dan semestinya sangat wow!

 

See also
Penginapan Wajib Pilih Ketika Di Pulau Mutiara

Ini adalah masa yang cukup menyeronokkan untuk mengikut aliran fesyen, tetapi never lose yourself in it. Sentiasa beringat what makes you, you. Dan sudah tentu cita rasa yang terbaik banyak membantu!

 

Oleh : Alia Bastamam

Dipetik dari GLAM Mei 2013