Retorik: Everybody Can Dress But Not Everybody Is Well Dressed - Glam Malaysia

Retorik: Everybody Can Dress But Not Everybody Is Well Dressed

Bon ZainalRata-rata di Malaysia kaum lelaki 70 peratus berketerampilan sederhana kerana mereka lebih selesa untuk play safe. Jangan salahkan mereka. It’s the culture dan kita tidak cukup berusaha untuk mengubahnya. Kalau dilihat zaman 50-an dulu, filem-filem Melayu menyaksikan pelakon-pelakon lelakinya berketerampilan amat segak sekali dan kita bangga melihatnya. Kemudian trend dan fesyen comes in, gaya yang lebih mencabar dan ada juga yang tidak masuk akal. Hakikatnya itulah urus niaga fesyen dan ini perspektif yang ingin saya kongsi.

 

Kebanyakan lelaki malas dan tidak ambil kisah malah meletakkan tanggungjawab itu kepada isteri atau pasangan untuk memilih pakaian mereka. Mereka cuma mendengar apa yang disyorkan oleh jurujual. Ada juga yang terlalu mengikut trend fesyen secara melulu. Apa saja yang dicanang majalah, diikutkan sahaja. Orang seperti ini selayaknya dipanggil mangsa fesyen.

 

Bagaimana pula dengan khidmat pereka fesyen? Sudah tentu boleh! Tetapi kita juga perlu mendalami etika berpakaian sepenuhnya agar tidak hanya menyarung saja pakaian tanpa memahami tertibnya. Dan yang terakhir, usah biarkan ‘latar belakang’ anda membuat keputusan dalam apa yang harus anda pakai – semuanya gara-gara takut dikritik dan orang mengata! Ingat ayat ini, fashion does not make sense, we makes sense. Don’t play safe but be safe in selecting item suitable for you!

 

See also
Kontroversi Koleksi Baju-T Vintaj Kendall + Kylie

Jadi apa perlu kita lakukan? Mulakan dengan mencari kekuatan dan kelemahan pada penampilan diri. Kemudian, lihat keadaan sekeliling, siapa kawan-kawan anda dan status pekerjaan. Semua ini perlu dianalisa. Cuba ajukan soalan-soalan ini pada diri sendiri. “Kenapa saya pakai ini? Di mana saya akan memakainya? Dengan siapa saya akan bertemu nanti? Apa urusan saya? Dan berapa harganya?”

 

Prinsip saya adalah proper dressing tidak kira bagi lelaki atau wanita. Semua orang boleh bergaya dan berketerampilan menarik. Kita mulakan dengan kemeja, di mana kolar haruslah betul saiznya. Potongan langsing atau klasik terpulang pada bentuk badan pemakainya manakala panjang tangan yang betul adalah sampai ke pergelangan tangan. Go for white shirt. Lelaki berbaju putih selalu kelihatan bersih dan kemas. Perlu juga selalu diingat yang potongan slim cut sangat sesuai dipadankan dengan sut atau jaket. Potongan sebegini elok buat mereka yang berbadan tegap tetapi bukan maskular.

 

Pemilihan warna pula disarankan warna terang. Mudah suai padan jika kita sering memakai tali leher. Pelbagai pilihan apabila memilih baju, khususnya jenis fabrik seperti kapas, linen, sutera, rayon dan lain-lain. Ia juga bergantung pada tempat atau kesesuaian majlis untuk dipadankan dengan keseluruhan penampilan anda.

 

Fabrik kapas sangat selesa, berkedut, senang dijaga dan tahan lama. Manakala linen sangat berkedut, kurang selesa dan mudah lusuh warnanya. Lain pula fabrik sutera yang selesa tetapi kainnya melekat pada tubuh badan, warnanya mudah luntur dan pemakaiannya terhad. Rayon sama seperti sutera. Bezanya mempunyai banyak pilihan kolar. Nyata kolar yang minimal dan straight forward gayanya tahan selamanya. Makanya, make the right choice!

 

See also
Pereka Fesyen Lokal Moto Guo Tercalon Peringkat Separuh Akhir LVMH Prize

Seluar pula seakan pillar of good dressing. Potongan slim cut dan skinny jeans mungkin trend masa kini. Tetapi berbalik kepada diri kita, kaji ketinggian dan bentuk badan apabila mengenakan skinny jeans. Sama seperti wool, kapas, linen, khaki dan denim. Pada pendapat saya utamakan keselesaan dan seluar mesti dipakai di pinggang bukan di dada atau di punggung! A good pants is the drop or lines dan panjangnya terletak betul-betul pada kasut yang dipakai.

 

Kongsi saya, dua item asas ini mesti pandai disuai padankan kalau kita masih ragu kita akan menghadapi masalah. Wujudlah pemakaian nampak kusam, overdress dan oversexpose. Prinsip berketerampilan sempurna yakni menarik dan seimbang adalah top and bottom, light and dark, printed and plain, heavy and light.

 

Perkara seterusnya ialah jaket atau sut. Cuaca di Malaysia panas, jadi jangan memakai jaket sewaktu matahari terik. Jika berada di luar, take off the jacket. Beli atau tempah jaket with ligh finishing. Jaket yang sempurna dan cantik terletak pada bahunya. Panjang jaket mestilah terletak pada paras tengah punggung.

See also
Gigi Hadid Memohon Maaf Untuk Impresi Melania Trump

 

Terdapat pelbagai pemilihan kain seperti wool, kapas, linen juga poliester. The finishing must be light and the cutting must be right. Pilih stail atau rekaan yang versatil. Jaket hitam nampak minimal tetapi apabila disuai padan secara betul ia akan kelihatan segak bergaya. Single breasted is the best. Double breasted untuk yang berani dan berbadan langsing.

 

Jelas sekali tiga item ini adalah pinjaman daripada gaya orang Barat. Apabila kita mengadaptasikannya dalam penampilan seharian, kita perlu tahu dan selidik mengapa ia direka dan apa fungsinya. Untuk bergaya, kadangkala kita perlu korbankan keselesaan. Semua orang suka bergaya dan melaram tetapi ada tempatnya. Go back to basic principle and trust me you gonna do well.

 
Oleh: Bon Zainal
 
Graduan School of Design & Merchandisin, Los Angeles ini pernah mengumpul pengalaman bekerja di Ralph Lauren, Beverly Hills dan berguru dengan pembuat sut terkemuka Hollywoo, Rick Pallack. BOn antara sebilangan pereka fesyen tanah air yang mahir dalam seni pembuatan sut lelaki dan arif dalam konsultasi etika berpakaian serta grooming. Selain memiliki syarikat fesyen sendiri, Bon turut menjadi rakan niaga sebuah firma penasihat imej dan kini bergelar penasihat kepda BDA (Bumiputera Designers Association).
 
*Dipetik dari GLAM September 2013