Putera George Ibarat Kembar Putera William Ketika Kecil

Putera George Ibarat Kembar Putera William Ketika Kecil

Sejarah seakan berputar kembali dalam keluarga diraja British apabila aksi Putera George dilihat saling tidak tumpah seperti bapanya, Putera William sewaktu kecil. Paling mencuri perhatian adalah helaian yang disarungkan Putera George turut seakan menyerupai pakaian bapanya. Lihat aksi comel mereka di bawah dan lihat persamaannya!
 

Prince George5-horzGambar: TPGVIP

 

1. Gambar kiri adalah ketika Putera William berusia 2 tahun pada tahun 1984 manakala gambar kanan adalah Putera George sewaktu majlis pembaptisan adiknya, Puteri Charlotte pada 5 Julai 2015. Kedua-dua mereka menyarungkan helaian celana pendek merah serta baju putih yang seakan sama.

 

Prince George3-horzGambar: TPGVIP

 

2. Kemunculan pertama kedua-dua putera ini di balkoni Istana Buckingham turut mengukir persamaan ketara. Gambar kiri menyaksikan Putera William dirangkul bapanya, Putera Charles pada tahun 1984 manakala gambar kanan menunjukkan Putera William sendiri merangkul Putera George sewaktua Perarakan Panji Diraja British Jun lalu.

 

Prince George1-horzGambar: TPGVIP

 

3. (Kiri) Putera William yang berusia 6 bulan dipangku Putera Charles di Istana Kensington manakala gambar kanan pula menyaksikan Putera William merangkul erat Putera George sewaktu lawatan di Taronga Zoo, Australia tahun lalu.

See also
Persis Magis, The Moscow Circus Sedia Memukau Rakyat Malaysia