Pilihan Millennial Lebih Kreatif - Glam Malaysia

Pilihan Millennial Lebih Kreatif

Moleskin bukan sekadar menghasilkan legendary notebook yang berkualiti dan sangat unik, tetapi turut meluaskan jajahan dengan melahirkan lebih banyak produk kembara seperti beg galas, bagasi, aksesori dan alat tulis pintar yang berhubung kala menulis.

 

Sasaran Moleskin adalah golongan kreatif yang juga millennial. Seiring dengan teknologi generasi terkini, Moleskin turut menghasilkan buku nota digital yang berhubung dengan notebook. Moleskin tiada tandingan kerana kelainaan yang sering dibawakan.

Lahirnya koleksi musim Bunga 2018 yang khusus direka berpadaan dengan gaya hidup metropolitan. Sesuai bagi pengembara yang hidup di kota namun memilik daya imaginasi luas. Koleksi musim ini lebih berdaya tinggi bermula daripada sebuah buku nota sehingga sebatang pen pintar dan beg kembara bergaya.

Koleksi beg direka penuh inspirasi dan kreatif yang mengikut gaya hidup moden dan semestinya lebih produktif seiring untuk urusan kerja dan juga santai. Koleksi Denim Capsule misalnya direka khusus buat kamu yang gemar kembara.

See also
7 Pilihan Iftar Paling Enak Ramadan Ini

 

Buku nota edisi terhad pula menawarkan koleksi Super Mario dan Astro Boy. Seboleh-bolehnya Moleskin menawarkan koleksi lebih pop icons yang akan membawa diri anda mengimbas kembali masa lampau.

Sistem penulisan pintar pula memudahkan kerja anda. Pena ditulis pada nota mampu menghubungkan secara digital ke notebook pintar. Anda boleh langsung melukis hasil kerja dan secara automatik disambung secara digital.

 

Koleksi Moleskin 2019 turut dikenalkan kepada media di kota Singapura baru-baru ini. Koleksi Classic Match adalah beg premium kombinasi dua kulit bertekstur dan licin. Direka khusus buat profesional yang sentiasa sibuk tetapi bercita rasa tinggi.