Penginapan Wajib Pilih Ketika Di Pulau Mutiara - Glam Malaysia

Penginapan Wajib Pilih Ketika Di Pulau Mutiara

Paling dekat dan menarik dikunjungi setiap tahun. Pulau Pinang semestinya destinasi paling digemari untuk berehat seketika dan Evergreen Laurel Hotel pasti menjadi pilihan.

 

 

Lokasinya sangat strategik terletak di Gurney Drive yang beberapa meter jauh daripada pusat membeli-belah. Anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke sana termasuk ke tempat makan. Kiranya penginapan yang cukup selesa dan tidak sukar mencari kemudahan asas.

 

Hotel 5 bintang ini menyediakan 368 buah kamar elegan berhadapan laut dan berdekatan Georgetown dan Penang Hill. Bagi anda gemarkan bersantai boleh sahaja menikmati suasana tenang di kafe-kafe disediakan di sini. Terbaik untuk santai dan juga melanjutkan urusan rasmi.

 

Paling enak menjamu selera di Café Laurel dan Evergarden Restaurant. Disediakan sajian antarabangsa dan juga Chinese Cuisine paling menyelarakan. Pertunjukan live band juga semestinya menghiburkan.

 

Bagi anda yang mahu mengadakan mesyuarat terbesar, disediakan Ballroom dan Function room yang penuh dengan kemudahan berteknologi. Mudah bagi anda melakukan persidangan atau menganjurkan acara rasmi atau koktel parti.

See also
Pereka Fesyen Lokal Moto Guo Tercalon Peringkat Separuh Akhir LVMH Prize

 

Semestinya kemudahan lain seperti The Health Club turut disediakan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuk kolam renang dengan poolside bar, gimnasium di dalam dan di luar, gelanggang tenism sauna, jakuzi dan kelab kanak-kanak.

 

Pendek kata hotel ini mampu memenuhi keperluan seisi keluarga baik orang tua, remaja mahupun kanak-kanak. Jika anda sedang merancang ke Pulau Mutiara jangan lepaskan peluang menginap di sini.