Pameran Louis Vuitton Series 3

Pameran Louis Vuitton Series 3

Louis Vuitton Series 3 - Hero Visual
 
Mengambil lokasi di Singapura, pameran fesyen “Louis Vuitton Series 3” membawa pengunjung mengembara ke dunia Louis Vuitton bagi mengenali jenama itu secara lebih mendalam.
 
Pameran itu merupakan yang ketiga dalam rangkaian siri pertunjukan oleh Louis Vuitton, serta yang pertama di Asia Tenggara setelah terbang ke seantero dunia seperti Los Angeles, Shanghai, Rome dan Seoul.
 
Pengunjung berpeluang mendekati keseluruhan aspek rumah fesyen itu dari proses kreatif oleh Pengarah Seni, Nicolas Ghesquiere dalam menghasilkan koleksi musim luruh/sejuk 2015 hinggalah ke produk lain label itu.
 
Berlangsung dari 28 November hingga 23 Disember 2015 di South Crystal Pavilion di The Shoppes, Marina Bay Sands, pameran tersebut dibuka jam 11 pagi hingga 11 malam pada hari Ahad hingga Khamis manakala jam 11 pagi hingga 11.30 malam pada hari Jummat dan Sabtu.