Nurul Syuhada Kongsi Pengalaman Lahir Anak Kembar

Nurul Syuhada Kongsi Pengalaman Lahir Anak Kembar

Nurul Syuhada
 
PENGALAMAN SERTA CABARAN YANG DILALUI IBU KEPADA CAHAYA MATA KEMBAR TERNYATA BERBEZA. GLAM JUNIOR MENEMU BUAL NURUL SYUHADA DALAM SESI PENGGAMBARAN KHAS DI KEDIAMANNYA, MERAKAM MOMEN INDAH DIA BERSAMA PASANGAN KEMBAR COMELNYA, RAJA NOUR EMAAN DAN RAJA ABDUL MATEEN.
 
“Apa yang tak boleh dilupakan ialah bila saya terpaksa masuk wad kecemasan untuk pembedahan kerana saya tidak boleh menolak kedua-dua anak saya keluar. Saya tidak berdaya kerana seorang anak saya menghalang anak yang seorang lagi. I could not bear the pain. Bukaan terbuka dengan cepat dan saya tidak sempat mengambil pain killer. Saya memberitahu doktor yang saya sudah tidak tahan lagi untuk menunggu dan sakitnya tuhan sahaja yang tahu. One twin was breech I’m afraid I don’t have the energy to push another baby,” cerita Nurul ketika ditanya tentang pengalamannya semasa melahirkan kembar sepasang miliknya ini. “Sebagai persiapan dan persediaan menimang cahaya mata, disebabkan ini anak pertama, saya amat teruja dan untuk mempersiapkan mental dan fizikal saya mula menyertai group Whatsapp yang disertai ibu kepada anak-anak kembar.
 
Saya memperoleh banyak infomasi daripada group seperti apa yang perlu dibuat bila kaki membengkak atau rasa tak selesa semasa kehamilan. It was more on me. Dan kemudian selepas melahirkan mereka, kami selalu berkongsi tip dan apabila anak kembar saya diserang penyakit jaundice. Mereka banyak membantu memberi cara-cara menjaga dan vaksinasi yang perlu diambil. Kami berkongsi banyak perkara dan sering bertukar informasi bersama-sama.” Mengetahui dia hamil anak kembar pada minggu ke tujuh kehamilan, dan kemudiannya diberitahu ianya sepasang, lelaki dan perempuan dalam kandungannya pada awal 16 minggu cukup mengujakan. Kata Nurul, “Tak dapat digambar kegembiraan itu, ini anak pertama saya dan Alhamdulillah terus dapat dua sekali, senang. Lepas ni kita tak tahu lagi, berserah sahaja kepada rezeki. Dapat sepasang pula tu, lelaki dan perempuan. Memang rezeki saya lah.”
 
Punya dua anak memerlukan masa dan tenaga yang cukup, dengan itu Nurul mengambil pembantu meringankan lelahnya. “I have a helper, but I’m breastfeeding them too. Kadangkala saya beri mereka susu formula juga bila berada di luar dan tidak sempat menyediakannya. Dulu menyusu mereka serentak, tetapi sekarang kena tunggu giliran. While feeding one baby, my helper or my husband will look after the other one. Pada dua bulan pertama agak sukar mengawal mereka, selepas itu saya makin arif pula,” selorohnya.
 
“Beza mereka berdua? Mateen suka menangis. Bila mencecah tiga bulan barulah okey sedikit. Emaan pula banyak menjerit, saya terpaksa mengagak and teka apa sebabnya. Mateen is very easy and straight forward. Kalau menangis, dia cuma mahukan susu sahaja. Kalau Emaan, kita tak tahu dia nak apa. Kadang-kadang bagi susu pun dia tak mahu. Mungkin sebab dia perempuan, so she’s very moody,” cerita Nurul ceria.
 
Harapan Nurul tentunya yang baik-baik untuk kedua anaknya. Dia menambah, “I expect them to be a good Muslim and Muslimah, InsyaAllah. And then be knowledgeable. Untuk Mateen supaya menjadi seorang lelaki yang tough supaya dapat mengharungi dugaan dan cabaran duniawi manakala untuk Emaan, I want her to be domestic. Saya mahu dia bersama saya, tak payah pergi jauh sangat. Mateen can go study overseas, tapi Emaan belajar dalam Malaysia okey juga kan?”
 
 

See also
Cosentino Melancarkan Koleksi Le Chic & Urban Crush